” Ingatkan baby je berendoi ye, kek pun boleh.. “

Video Sambutan Hari Lahir Neelofa Yang Fantastic. Namun Kek Hari Jadinya Jadi Tumpuan Netizen. Woww.. Uniknya Kek Atas Buaian. Memang Rare Sangat !! 

Nama Neelofa tidak asing lagi dengan menjadi idola kepada ramai orang dengan hasil kejayaan yang telah dicapai olehnya dari usia beliau yang sangat muda. Bukan sahaja menjadi seorang selebriti tempatan, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa binti Mohd Noor turut dikenali sebagai usahawan yang berjaya.

Menempa nama dalam bidang industri hiburan setelah menyertai pertandingan realiti model iaitu, Dewi Remaja pada tahun 2009/10 dan beliau berjaya menjadi juara pada waktu itu setelah bersaing secara seng1t dengan Anzalna Nasir, Izara Aishah yang kini juga merupakan pelakon tanah air.

Pada tahun 2017, Neelofa telah terpilih sebagai salah seorang daripada 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes dan ia merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan untuk Neelofa biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih hijau.

Menerusi perkongsian Neelofa di akaun Instagram, pada 10 Februari 2020, maka genaplah usia pelakon cantik ini ke-31  tahun. Neelofa menyambut hari lahir beliau dengan cara bersederhana bersama-sama ahli keluarga dan teman-teman rapat beliau. Turut menjadi perhatian, kek hari lahir beliau berada di atas buaian.

Ikuti perkongsian Neelofa di bawah :

View this post on Instagram

thirty one 🤍

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Rata-rata peminat turut menberi ucapan selamat hari lahir kepada Neelofa malah kek hari lahir beliau di atas buaian turut menjadi perhatian. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Happy birthday Neelofa!  Semoga Allah panjang kan umur, stay pretty.. “

” Sennah helwah faa .. “

” Happy birthday my lofa !!!  Stay gorge0us ! “

” Happiest Birthday @neelofa Keep inspiring us ! May Allah grant you happiness Dunya & Akhirat, Insyaallah. Ameen.. “

” Sis pn nakkk cengini cake goyang2 ats buai.. “

” Cantiknya kek.. Anyway Happy birthday to Lofa.. may everything is fine for you… “

” Ingatkan baby je berendoi ye, kek pun boleh.. “

Woww !! Unik betul kali ini majlis sambutan hari lahir Neelofa dengan kek hari lahir diletakkan atas buaian. Kami dari Berita Kopak turut mengambil kesempatan ini, dengan mengucapkan selamat hari lahir buat Neelofa, semoga sentiasa maju jaya, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Neelofa by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..