” Ikut Daddy ke Masjidil H4ram tadi.. “
” Alhamdulillah sejuk hati tengok anak saya sujud depan Kaabah.. ” – Mat Dan Kongsi Gambar Anaknya, Zayne Sedang Sujud Di Depan Kaabah Menarik Perhatian Netizen. MasyaAllah, Bijaknya !!
Personaliti televisyen yang berasal dari England, Mat Dan atau nama Islamnya, Karief Daniel Abdullah sedang berada di kota suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama isteri dan anaknya, Muhammad Zayne Daniel James Tyler. Mat Dan telah memeluk Islam pada tahun 2013.
Mat Dan berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Terengganu bernama Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zayne. Mat Dan yang popular menerusi rancangan Mat Dan Kaki Jalan mengembara ke seluruh dunia sejak berusia 19 tahun lagi.
Namun hatinya tertarik dengan negara Malaysia kerana beliau tertarik dengan keindahan Pulau Kapas dan terus menetap di pulau itu dari tahun 2009 hingga hari ini. Mat Dan juga fasih bercakap loghat Terengganu dan begitu meminati makanan Malaysia termasuk budu.
Menerusi akaun Instagram, Mat Dan berkongsi gambar anaknya, Zayne sedang sujud di hadapan Kaabah. Alahai, comel sangat Zayne dan pandai Zayne mengikut ayahnya sama-sama bersolat. Gambar ini begitu menarik perhatian netizen kerana usia Zayne yang masih muda.
” Ikut Daddy ke Masjidil H4ram tadi… Alhamdulillah sejuk hati tengok anak saya sujud depan Kaabah…. “
Rata-rata netizen memuji Zayne dan mendoakan yang baik-baik untuk Zayne. Antara komen-komen mereka :
” Bagusnya ayah pegang anak. Most of the time, the mother will have to entertain the kids and besempit2 dengan anak2 kat saf. Menggelabah mak2 bila anak menangis. Good job.. “
” Alhamdulillah…. pandainya… “
” Alhamdulilah.. Semuga menjadi anak yg soleh.. “
” Alhamdulillah good boy laa zain….. “
” Subhaanallah rezeki Zayn kecik2 dh smpai Tanah Suci.. “
” Semoga Zain membesar jadi ank yg soleh.. “
Bagus sangat Zayne kerana tidak merag4m atau membuat perangai ketika ibu dan bapanya menunaikan umrah. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menunaikan umrah kepada Mat Dan serta keluarga. Semoga Zayne menjadi anak yang soleh di dunia dan akhir4t serta menjadi anak yang membanggakan kedua ibu dan bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mat Dan by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..