Ibunya tidak mahu datang ke majlis Konvonya kerana tidak mahu anaknya malu. Tetapi kata-kata anaknya buat ibunya membuatkan ramai orang menitiskan air mata

Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang miskin, tetapi bagi seorang anak, ibubapa adalah anugerah yang tidak ternilai. Dan bagi ibubapa, mereka tetap berusaha sedaya upaya untuk memberi pendidikan kepada anak mereka.

Anak yang mengenang budi pula, pasti sedaya upaya akan belajar bersungguh-sungguh untuk memberi kebanggaan kepada ibubapa mereka. Begitulah juga dengan gadis ini yang kisahnya telah menjadi viral di Thailand.

Pada hari konvokesyen, semua penuntut pasti inginkan kehadiran ibubapa mereka untuk menyaksikan kejayaan mereka setelah belajar sekian lama. Konvokesyen juga adalah satu hadiah untuk ibubapa selepas berusaha memberi pendidikan untuk anak-anak mereka.

Pada hari konvokesyen gadis ini, dia mengharapkan ibunya hadir untuk menyaksikan dia menerima segulung ijazah. Tanpa bapa yang telah lama meningg4l, dia mahu ibunya menyaksikan dirinya menerima ijazah dan membanggakan ibunya.

Selama ini ibunya telah berusaha keras untuk memberinya pendidikan yang sempurna. Tetapi ibunya mengatakan yang dia tidak mahu pergi bimbang anaknya itu berasda malu dengan penampilannya.

Mendengar ibunya berkata begitu, gadis ini menangis dan berkata, “Walaupun kulit mak hitam kerana berjemur sinar matahari, rambut mak beruban dan makbukan seperti ibu-ibu yang lain yang dapat berhias, saya tidak akan merasa malu. Mak bekerja keras demi pendidikan saya, jadi saya membayar semua penat lel4h mak. Saya anak yang sangat bertuah mempunyai ibu seperti mak, saya ingin menjaga mak”

Selepas dia mengatakan itu, gadis ini terus berlut0t di hadapan ibunya sebagai tanda ucapan terima kasih. Walaupun bapanya tidak dapat melihat kejayaan anak perempuannya, tetapi mereka tetap membawa gambar bapanya supaya mereka merasa bapa tetap ada bersama mereka.

Walaupun tidak kaya, tetapi kehidupan gadis ini sangat bermakna kerana usaha ibunya. Cerita ini menjadi perhatian ramai orang di Facebook, ramai dari mereka yang merasa tersentuh dengan kisah gadis dan ibunya ini.

Begitulah sepatutnya sebagai serang anak, tidak melupakan jasa dan peng0rbanan ibubapa mereka. Kerana jasa ibu dan bapa itu tidak ternilai dengan apa-apaun di dunia ini.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : bldaily