” Ibu paling happy bila anak excited dan dengan sendirinya nak ikut temankan ayah solat.. “

Fasha Sandha Sebak Bila Nampak Aidil Aziz Imamkan Anaknya, Jemyma Solat. Alhamdulillah Sejuk Hati !!

Nur Fasha Sandha Binti Hassan atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha telah pun mendirikan rumahtangganya hujung Mac yang lalu bersama Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon. Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kali kedua untuk Fasha.

Dalam beberapa minggu ini, perkahwinan mereka menjadi perbualan hang4t di media sosial sama ada di laman Facebook mahupun Instagram. Pasangan bak pinang dibelah dua ini nampak sangat serasi di antara satu sama lain.

Benarlah kata pujangga ‘ kebahagiaan adalah milik mereka yang mempunyai impian untuk berusaha menjadikannya kenyataan’. Begitulah kebahagiaan antara Fasha dan Aidil sangat menjadi sumber inspirasi ramai.

Terserlah sinar kebahagiaan pada wajah merpati dua sejoli ini. Rata-rata peminat mendoakan perkahwinan kedua Fasha ini berkekalan sehingga ke Jannah. Walaupun tidak mewah, namun perkahwinan mereka nampak meriah dan cantik dengan seri pengantin terserlah di wajah kedua mempelai ini.

Terbaru, Fasha Sanda telah memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya. Video tersebut adalah rakaman dari Fasha Sendiri. Fasha merakamnya untuk dibuat kenang-kenangan  masa akan datang.

Menurut Fasha, dia sangat sebak apabila melihat rakaman itu semula dan ingin berkongsi rasa sebaknya itu bersama peminat dan pengikutnya. Kata Fasha lagi, anaknya Jemaima sangat teruja untuk temankan ayahnya solat. Jemaima melakukan itu tanpa paksa dan ianya adalah kerelaan hati Jemaima sendiri.

Fasha juga berkata, rakaman ini diambil secara curi tanpa pengetahuan Aidil dan Jemyma. Kelihatan Fasha hanya berdiri ditepi pintu untuk membuat rakaman tersebut.

Ini adalah sedikit sedutan dari rakaman tersebut :

Jemaima sedang solat bersama ayahnya. 

Jemaima mengikuti dengan baik setiap rukun solat .

Jemaima sedang bersujud. 

Alhamdulillah syukur, sejuk hati bila melihat Jemaima dan Aidil berjemaah bersama-sama.

Jom tonton video di bawah :

” Sebak tengok video curi ni, ni kisah beberapa hari lalu, ayah balik kerja lewat malam.. “

” Ibu paling happy bila anak excited dan dengan sendirinya nak ikut temankan ayah solat, tak perlu suruh dan tak perlu paksa. Video kenangan. “

Rata-rata peminat Fasha menghujani komen dengan doa-doa dan merasa turut sebak. Ini komen-komen mereka :

” Alhamdulillah beruntung jika suami Fasha jaga solat dlm kehidupan… maka berbahagialah kehidupan kamu dia mampu jaga kamu kerana Allah. “

” Alhamdulillah.. .moga keluarga baru mu dirahmati dan dilindungi Allah selalu
alhamdulillah.. x mustahil nanti kak fasha akan jd seorng isteri yg solehah menutup aurat dgn smpurna. “

” Janji Allah itu pasti. Bahagia tidak perlu di cari.. Ia akan hadir di saat kita redha akan ketentuan illahi. Alhamdulillah.. Akak doakan moga semuanya dipermudahkan.. Aamiin2  ” 

” Terserlah sgt kebahagiaan dlm life baru fasha. Nampak mcm hifup sederhana je tp penuh kasih syg semoga kebahagiaan ini berpanjangan..ameen “

” MasyaAllah comelnya Jemyma.. Itulah Aidil walau sesibuk mana di lokasi pun solat tak pernah tinggal dan takkan melewat lewatkan.. Alhamdulilah fasha sandha dapat suami yang terbaik.. Happy for u dear. “

Syukur Alhamdulillah. Kami di Berita Kopak mendoakan Fasha Sandha dan Aidil Aziz dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..