” Ibu, nangisss.. aunty, nangisss.. kakak, nangisss.. “

Video Aafiyah Menyuruh Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza Menangis Buat Ramai Terhibur. Amboi Dah Macam Director Filem Dah Aafiyah Ni, Habis Semua Orang Dia Suruh Menangis. Comel Sangat !!

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Malah beliau turut mempunyai ramai peminat dari Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Bukan sahaja mempunyai suara merdu bak buluh perindu, tetapi Dato’ Siti mempunyai satu aura yang tersendiri dan membuatkan ramai yang terpikat dengannya.

Nama anaknya si comel Pipi Merah, Siti Aafiyah Khalid juga tidak perlu diperkenalkan lagi. Video gelagat dan keletah Aafiyah yang manja dan comel serta sangat mencuit hati dan sering dikongsikan oleh Dato’ Siti di laman Instagram miliknya.

Dilahirkan sebagai anak selebriti yang popular, Aafiyah turut terkena tempias populariti ibunya sendiri. Walaupun tidak mempunyai akaun Instagram sendiri, namun Aafiyah tetap mempunyai peminat-peminatnya yang ramai. Kemunculannya di Instagram sentiasa dinanti-nantikan oleh semua peminat-peminat.

Menerusi akaun Instagram SITI AAFIYAH KHALID FANS, video Aafiyah menyuruh ibunya Dato’ Siti, pengasuh dan seorang lagi wanita untuk menangis membuatkan ramai yang terhibur. Video ini pernah dikongsikan di IG Story Dato’ Siti.

Gaya dan mimik mukanya yang comel buat ramai yang ger4m dengan Aafiyah. Alahai pandainya dia, comel sangat !! Jom tonton video-video Aafiyah di bawah :

” Aafiyah anak ibu, sapa nampak Aafiyah lalu double tap sikit.. ”

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Aafiyah yang comel itu. Antara komen-komen peminat :

” Alaaa… Comelnya aafiyah.. “

” Alahai comeynya berkali ulang tgok.. “

” Muncung tu yg mahal tu.. alahai besar dah awak, cerdik lagi tu.. “

” Nak join nangis jugak laaa.. nangisssssss… “

” Aafiyah so cute ger4m auntie smg mbesar dgn sht dn bijk pndai ye syng.. “

” Ya Allah indah n comel sungguh anugerah Allah pd Dato Siti iaitu Siti Aafiyah yg x jemu mlihat keletah dia yg sgt2 mnghiburkan tu.. “

” Masyaallah Aafiyah.. pandainya.. terhibur aunty tengok.. mata Aafiyah bercelak.. dah tak payah pakai celak lagi nanti besar. Kening pun terbentuk elok.. “

” Eyyy budakk cute nie laahaii telatah dea… comeyy. hahahahaha.. alahai comel aafiyah.. nangis… “

Alahai Aafiyah, kenapa comel sangat ni ? Ger4m je tengok, bukan main happy lagi dia yer. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, Siti AAfiyah Khalid Fans by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..