” Hutang versi Asif, tep0k dahi Floor88 dengar ni. Hahaha.. “

Video Busking Asif Suhaimi Lagu Hutang Floor88 Buat Penonton Ketawa Besar. Lirik Dia Mak Aii Ke Laut Dalam Terus. Kelakar Sungguh !!

Penggemar Youtube pastinya tahu dan mengenali saluran Syahmi Sazli yang melet0p dengan video ‘Drama Spontan’. Salah seorang bintang yang menjayakan drama ini adalah Asif Suhaimi atau mesra dipanggil Asif. Asif yang merupakan sepupu kepada youtuber terkenal ini menghadapi masalah mild aut1sme.

Anak istimewa ini mula digilap bakatnya oleh Syahmi setelah Syahmi melihat reaksi bersahaja Asif apabila disakat dan menyebabkan datangnya ilham untuk menghasilkan video pendek spontan itu. Asif yang menghadapi masalah untuk menghafal hanya mengungkapkan dialog secara spontan tanpa bantuan skrip.

Ayat spontannya itu membuatkan slot ‘Drama Spontan’ digil4i ramai hinggakan mendapat tontonan melebih 1 juta tontonan setiap kali disiarkan. Siapa sangka Asif yang pemalu dan penakut ini akhirnya menjadi tumpuan ramai kerana bakat istimewa yang Allah kurniakan kepadanya itu.

Menerusi akaun Instagram, Syahmi Sazli telah berkongsikan satu rakaman video di mana kelihatan Asif Suhaimi sedang menyanyikan lagu Hutang di hadapan penonton di Bukit Bintang. Lagu yang didendangkan Asif menjadi hiburan penonton dek kerana liriknya yang merapu namun tempo dan rentaknya sama. Kelakarlah Asif !

Jom tonton video di bawah :

” Vokalis baru floor88.. Hutang aku mu nak bayar bilo.. Busking di Bukit Bintang @asifsuhaimi02 @yoe_parey.. “

View this post on Instagram

Busking di Bukit Bintang @asifsuhaimi02 @yoe_parey

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Hahahhahahaa masuk air.. “

” Adoiiii hentam la labuuuu… Confident tu penting.. “

” Hahaha kemah asif lirik baru pulok.. “

” Asif feeling jadi ayie floor88 hahaha.. “

” Lirik tak betul tak apa.. Janji tempo sama.. Haha terhibur.. “

” Hahahaha rare mi nakal molek asif.. “

” Hutang versi Asif.. Tep0k dahi floor88 dengar ni hahaha.. “

” Tep0k amai-amai je yang aku paham.. Yang lain sepatah har4m tak paham.. Level tinggi bahasa asif ni.. Hahahahahaa.. “

Bagus Asif dah semakin banyak perubahan yang positif. Makin pandai menyesuaikan diri dan berani. Bangga dengan anak syurga yang istimewa ni. Floor88 dengar memang pasti sampai tergolek-golek ketawa. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Asif moga semakin berjaya di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syahmi Sazli by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..