Hukum Main Mesin Claw Yang Ramai Tak Tahu. Baca Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan Ini. Jangan Abaikan !!

Pastinya anda semua pernah melihat mesin claw ini di mana-mana. Semakin lama semakin banyak mesin seperti ini diletakkan di kawasan tumpuan orang ramai seperti di gedung pasaraya untuk menarik orang ramai bermain permainan ini.

Peminat-peminatnya tidak kurang ramainya dari pelbagai lapisan masyarakat, dari kanak sehinggalah dewasa. Malah ada yang berhabis ratusan ringgit dengan bermain permainan ini semata-semata untuk mendapatkan hadiah yang diingini walaupun kemungkinan kerugian kerana tidak mendapat apa-apa pulangan itu tinggi.

Jadi, apakah hukum bermain permainan ini di sisi pandangan syariah Islam, adakah dibolehkan atau sebaliknya? Tahukah anda apa hukumnya ? Mari kita baca perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu ini.

SOALAN

Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Saya melihat terdapat banyak mesin-mesin claw yang diusahakan di dalam pasaraya secara berleluasa. Persoalan saya ialah, apakah hukum bermain dengan mesin Claw? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN

Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.

Setiap muslim yang mengaku beriman serta berpegang dengan syariat Islam wajib mengawasi serta memastikan setiap perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka adalah selari dengan tuntutan syariat Islam.

Ianya merangkumi setiap setiap amalan zahir dan juga batin. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Nu’man Bin Bashir R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ

Maksudnya : “ Sesungguhnya perkara yang halal dan har4m itu jelas, manakala antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang syubhah, yang tidak jelas hukumnya ”.

Sunan Abi Daud (3329)

Mesin claw adalah sejenis permainan arked yang menggunakan cakar besi dalam memperolehi barangan-barangan yang dipertaruhkan di dalam mesin tersebut. Secara khususnya, praktikal dalam permainan ini mempunyai unsur perjud1an yang dihar4mkan oleh syariat agama Islam. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya ar4k, dan judi, dan pemujaan berh4la, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kot0r (kej1) dari perbuatan Syait4n. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Maidah: 90)

Syeikh al-Maraghi menyebut, amalan jud1 adalah antara punca timbul permus0han dan kebenc1an dalam kalangan orang yang berjud1. Kebiasaannya, mereka memus0hi orang yang menang dan bergembira di atas kedukaan orang lain.

Perbuatan ini akan menjurus kepada pelangg4ran hak kedua-dua orang tua, isteri dan anak-anak. Pada akhirnya, mereka akan menjadi bahan cem0han dan kebenc1an. Memang jud1 boleh menjadikan orang yang memerlukan menjadi kaya.

Akan tetapi, amalan ini juga boleh memer4s orang yang berharta kerana orang yang kalah buat kali pertama kali akan berasa tercab4r untuk melakukannya buat kali kedua dengan harapan akan menang pada kesempatan-kesempatan yang lain.

Kadang-kadang, kemenangan itu tidak pernah diperolehi hingga hartanya habis sama sekali. Pada saat itu, dia akan menjadi orang yang fakir lagi miskin, kemudian menjadi musuh ketat kepada mereka yang mengalahkannya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 4/1691)

Setiap permainan yang berdasarkan nasib dan yang membantutkan akal fikiran seperti permainan dadu, daun terup (yang mempunyai unsur pertaruhan) dan sebagainya adalah har4m. Ini kerana permainan ini membiasakan diri untuk bergantung kepada nasib dalam setiap perkara yang dilakukan.

Ini menjadikan mereka menyangka bahawa nasib adalah penentu segala-galanya dalam dunia ini. Permainan jenis ini sebenarnya memberi banyak kesan negatif kepada diri manusia. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 8/146)

Menjawab kepada isu ini, konsep yang diketengahkan dalam permainan mesin claw ini adalah menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendakinya dan disukainya dengan harga yang setimpal dengan apa yang telah dibayar.

Justeru, situasi ini adalah melanggar prinsip-prinsip jual-beli yang sepatutnya ada seperti khiar (pilihan). Dalam mengklasifikasikan sesuatu permainan sebagai jud1, para ulama telah mensyaratkan ciri-ciri berikut:

  • Ia disertai oleh dua orang atau lebih atau dua kumpulan manusia atau lebih.
  • Setiap pihak mempertaruhkan sesuatu harta atau manfaat.
  • Mana-mana pihak yang menang akan memperolehi harta atau manfaat dari pihak yang kalah di samping menyimpan harta dan mafaat yang ia pertaruhkan.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kami cenderung mengatakan bahawa hukum permainan mesin claw ini adalah har4m dan dilar4ng. Ini kerana, permainan tersebut secara langsung dilihat sebagai menafikan serta mengabaikan hak pemain selaku pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar.

Di samping itu, permainan seperti ini adalah lebih kepada keberuntungan nasib pemain dimana permainan seperti ini tidak dibenarkan di dalam Islam.

Semoga penjelasan yang diberikan ini membuka minda dan menjarakkan diri kita semua dari melakukan perkara-perkara yang dilar4ng oleh syariat Islam. Amin.

Terima kasih Mufti Wilayah atas perkongsian ini. Semoga informasi ini bermanfaat kepada kita semua. Kepada yang selalu main mesin claw, selepas ini boleh lah berhenti kerana hukumnnya pun kita sudah tahu. Maka bertaubatlah kita dengan d0sa-d0sa yang lalu. Wallahulam.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan by Berita Kopak / Content Media