” Hmmm kenapa prop guna gambar lama kahwin Bella dengan Nazim ? “

Bella Dally Kongsi Penjelasan Daripada Penerbit Drama SILANG, Sheila Rusly !!

Siapa tidak kenal pelakon secantik Bella Dally atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, kini sudah mencecah 6 bulan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan iaitu Arif Izudin. Selain berlakon, Bella juga merupakan seorang model.

Bella Dally mula mencipta nama menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih. Bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Noor. Antara drama lakonan anak kelahiran negeri Sabah ini ialah Qalesya, Natrah, Makmum Yang Paling Aku Cinta dan banyak lagi.

Selepas setahun perpisahan di antara pelakon Bella Dally dan Nazim Othman kini dilanda pula kontroversi berkaitan gambar perkahwinan mereka. Bella Dally dan Nazim Othman yang telah berp1sah pada Mei 2018. Bella juga sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya pada Januari 2019.

Menerusi akaun Instagram, Bella berkongsi perbualannya melalui aplikasi Whatsapp dengan Sheila Rusly, Bella telah mendapatkan penjelasan tentang prop yang digunakan semasa drama Silang yang sudah ditayangkan pada hari Sabtu lepas.

Tidak mustahil perkara seperti ini sering terjadi dalam penerbitan drama, tapi janganlah sampai mengaitkan perkara yang boleh mengingatkan tentang kisah sedih hidup seseorang itu.

Baca perkongsian Bella di bawah :

” I received DMs and texts from my friends, family and fans regarding this issue. I know you all are also questioning the same thing, why did the production proceed at doing it? It’s d1srespectful and I am completely against it. “

” Saya tak puas hati so I personally contacted Sis Sheila. She and her prop master apologised. I have forgiven them cause we’re only human and mistakes do happen  “

” Cuma saya harap selepas ni mana mana pihak tidak mengambil mudah dan mengambil kesempatan. Assalamualaikum “

Gambar yang digunakan sebagai prop..

Antara komen-komen netizen..

Permintaan maaf daripada krew yang terlibat..

Rata-rata peminat bersetuju dengan cara Bella mendapatkan penjelasan daripada Sheila Rusly dengan cara yang baik. Antara komen-komen peminat :

” Saya suka cara you bella bertanyakan isu ni dengan sis sheila. Nampak sangat you jenis soft spoken punya orang. Hope you akan sukses dengan ur career. We all keep supporting you.. “

” Finally clear pun..go kak bella ! always support you. love you.. “

” Respect u bella. Mmg positive & tak cepat melatah.. “

“Chill aje thing happened. Suka Bella. Always positive.. “

” Respect on how you handle it well done Bella.. “

” Mcm ne keh terlepas pndg.. isu sens1tive tu.. ape pun .. agreed with u bella. semua org buat silap.. “

Semoga lepas ini krew production lebih berhati-hati dalam membuat sebarang prop atau apa sahaja yang boleh mengaitkan soal peribadi artis.

Pujian harus diberikan kepada Sheila Rusly dan krew yang terlibat kerana berani mengaku salah dan telah meminta maaf kepada Bella. Buang yang keruh dan ambil yang jernih, semoga isu ini tidak berpanjangan. Teruskan menghasilkan karya-karya yang hebat dan mewarnai dunia seni tanahair.

Note : Hasil carian terbaru kami, Bella telah memadam entri berkenaan di akaun instagram miliknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Dally, Sheila Rusly by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..