” Hi guys! The fact is, I’m a straight girl back then bukan pengk1d “

Buktikan Dirinya Wanita Sejati, Gadis Ini Muatnaik Gambarnya Di Hari Perkahwinannya Yang Buat Ramai Orang Memuji Bila Melihat Penampilannya

Melihat pada gambarnya sahaja sebelum berkahwin pasti ramai orang mengatakannya sebagai t0mb0y ataupun pengk1d. Dan mungkin rsamai yang mengatakan dirinya sebagai pasangan sejen1s apabila melihat gambarnya bersama kekasihnya.

Tetapi gadis ini membuktikan bahawa dia sebenarnya adalah seorang gadis yang sungguh ayu dan manis apabila mengenakan pakaian pengantin semasa hari perkahwinannya bersama kekasihnya.

Gadis ini yang memuatnaik c0retan kisahnya melalui akaun Twitter, @aszh0le_, dan memanggil dirinya dengan nama Asz berkongsi  gambar yang menunjukkan penampilan dirinya sebelum dan selepas berkahwin.


Gambar : Twitter @aszh0le_

” From this. To This “. Tulis kapsyennya yang disertakan dengan gambar tersebut. Di dalam gambar pertama, terlihat gambarnya sebelum berkahwin yang berambut pendek dan berperawakan seperti seorang lelaki duduk di dalam sebuah kenderaan bersama kekasihnya yang bernama Kamal Shahizat.

Manakala di dalam gambar kedua yang diletak bersebelahan dengan gambar pertama, terlihat dirinya yang sangat berbeza dengan busana pengantin yang melihatkan dirinya sungguh ayu dan cantik di hari perkahwinan mereka.


Gambar : Twitter @aszh0le_

Daripada tulisan Asz di dalam akaun twitternya itu, dapat dikatakan sebelum ini ramai yang  mengatakan dirinya adalah seorang pengk1d tetapi dia membuktikan yang dirinya adalah seorang wanita sejati.

“Hi guys! The fact is, I’m a straight girl back then bukan pengk1d haha! But anyways, thankyou for your 0verwhelming wish and compliments…” tulisnya di Twitternya


Gambar : Twitter @aszh0le_

Di dalam tweetnya itu juga, Asz turut mengatakan yang mereka telah menjalin perhubungan selama enam tahun dan mengakui dirinya telah membuat keputusan yang terbaik di dalam hidupnya.

Thre4dnya itu telah mendapat perhatian ramai netizen yang memb4njiri dengan pelbagai komentar yang rata-ratanya sangat kagum dengan penampilan dirinya pada hari perkahwinannya. Mereka kagum melihat dirinya yang sangat ayu sekali berbeza dengan dirinya sebelum itu.

“Alhamdulilah, Semoga hanya yang baik-baik sahaja buat korang “

” Aku ingat dari laki jadi perempuan tdi. “

” Congrats for you btw . Smga u n ur husband hingga ke jannah .”

Ada juga komentar yang sedikit nak4l dari netizen yang bertanyakan kepadanya bagaimna rasanya menjadi lelaki dan juga menjadi perempuan.

” mcm mana lelaki dan jadi perempuan ?”

” Masalahnya, jadi laki pun cantik, jadi perempuan pun cantik dah kenapa ????!!! “

Dapat dilihat di dalam gambar pada hari perkahwinannya itu, Asz yang memakai tudung yang dihiasi dengan hiasan dan mengenakan baju pengantin berwarna kelabu sambil memegang sejambak bunga kelihatan sangat ayu dan menawan.


Gambar : Twitter @aszh0le_

Manakala pasangannya, Kamal Shahizat memakai sepasang baju pengantin yang berwarna sama dengan Asz lengkap dengan tanjak dan perhiasan lainnya. Kelihatan mereka benar-benar pasangan yang sepadan seperti peribahasa ‘Bagai Pinang Di Bel4h Dua’.

Setakat ini, thre4d dari Asz tersebut telah mendapat lebih 11 ribu retweet dan lebih 16 ribu likes dari netizen yang rata-ratanya begitu kagum dan memberi pujian kepada mereka terutama kepada Asz.

Tidak kurang juga yang mendoakan semoga perhubungan mereka terus bahagia dan diberkati oleh Allah S.W.T sehingga ke anak cucu. Jadi nasihat untuk kita, janganlah mudah mengej1 dan mengut0k seseorang itu dengan penampilannya. Kita tidak tahu apa yang berlaku dio masa hadapan. Boleh jadi yang baik akan menjadi bur0k dan begitulah sebaliknya.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Twitter @aszh0le

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..