” Hey orang tengah tidur ni.. Ampa ni l0glaq betui la, Astagfirullahazim “

Video Rita Rudaini Kena Prank Hari Jadi, Tapi Wajah Rita Tanpa Make Up Curii Perhatian !!!  Aduhhh.. Gelak Pun Comel Kak Rita Ni Tau.. Semuanya Comel lah !!

Rita Rudaini atau nama penuhnya Rita Rudaini Binti Mokhtar merupakan salah seorang pelakon wanita dan juga model popular di negara ini. Anak jati Kangar, Perlis ini membintangi banyak drama televisyen tempatan.

Biarpun agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali ramai melalui filem Mami Jarum Junior hingga memberikannya nominasi untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) pada tahun 2004.

Rita mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Rita merupakan seorang ibu tunggal yang sangat tabah dalam membesarkan kedua-dua anaknya itu. Rita kelihatan sebagai seorang ibu penyayang yang sangat mengambil berat terhadap anak-anaknya.

Terbaru, menerusi akaun Instagram, Rita telah memuat naik sebuah video Prank sempena hari jadinya pada 11 April yang lalu. Rakaman video tersebut dibuat di kawasan rumah Rita. Semasa Rita keluar , beberapa kenalannya terus menghulurkan kek, lalu menyanyikan lagu Happy Birthday To You. 

Rita : Heyy..orang tengah tidur ni, ampa ni loglaq betui la…

Rita : Patutla bukan main lagi ampa ni…

Kenalan Rita : Cepatla tiup nanti cayaq pulak kek ni…

Rita : Aduhh ampa ni…terima kasih la..

Seronoknya Rita dikelilingi kenalan yang penuh kasih sayang. Buat prank hantar kek lagi malam-malam.

Jom tonton video prank di bawah :

” Tahun ni depa buat hal tengah2 malam pulak..terima kasih Sudyr Tahir dan Afil Syazwan .. “

Rata-rata pengikutnya merasa seronok melihat Rita yang gembira dapat kek hari jadi dan tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari lahir kepada Rita. Ini komen-komen mereka :

” Happy birthday… Moga Allah permudahkan semua urusan dunia akhirat dan berikan rezeki byk buat Rita dan anak2.. Aamiin “

” Happy birthday ritrud727 moga dipermudahkn urusan dunia & akhirat. Stay pretty always “

” Happy birthday sis ritrud727.smoga gojes slalu..muahhhhh.love u sis “

” Happy birthday sis ritrud727 moga terus kuat membesarkan hero2 sentiasa dlm lindungan rahmat & kasih sayang Allah..love u “

” Happy Birthday my favorite actress..ritrud727. Semoga sntiasa ddlm Rahmat n Keredhaan Allah SWT.. “

Namun begitu, ramai juga yang lebih tertarik kepada wajah Rita tanpa make up. Ini komen-komen :

” Awak nih mmg lawa eh….plain pun lawa “

 ” Heppy bday … Semoga dipermudahkan segala urusan..x make up pn cantik “

” Selamat hari lahir kak ritrud727 .. moga sentiasa dalam rahmat Allah.. cantik betul tanpa mekap “

” Lawa sungguh la.the real definition of natural beauty.lawa nak mamp0s kak rita ni girl crush oi! “

” Happy birthday kak rita nak tidur pun cantik tauu “

Syukur Alhamdulillah. Ramai yang sayangkan Rita. Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Rita. Semoga Rita dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Amin.

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Rita Rudaini By Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..