” Hensem dah macam mirip Farid Kamil.. ” – Netizen

Kongsi Gambar FaceApp Berubah Jadi Lelaki, Ramai Yang Cakap Muka Rita Rudaini Sama Macam Dato’ Farid Kamil. Wahhh Memang Sebijik Sama !!

Tular beberapa hari ini dikalangan artis dan warganet aplikasi FaceApp yang mengubah rupa seseorang kepada jantina bertentangan. Sekadar hiburan untuk bersuka ria, berbagai wajah yang menarik terhasil dan antara artis yang berkongsi wajah mereka ialah Rita Rudaini.

Rita yang sememangnya jelita dan memiliki keayuannya tersendiri tidak ketinggalan bermain applikasi ini. Wajahnya yang ditukar dengan memiliki jambang dan misai buat Rita nampak begitu ‘kacak’ sekali. Malahan ramai yang melihat wajahnya seperti anak lelakinya Arjuna.

Tidak itu sahaja, perkongsian wajah ini juga disamakan seperti wajah Dato’ Farid Kamil. Memang jika dilihat sekali imbas, ramai yang mengatakan wajah itu persis Dato’ Farid. Bukan main handsome andai Rita ini lelaki. Menghiburkan juga applikasi ini.

Menerusi akaun Instagram, Rita Rudaini telah berkongsikan sekeping wajahnya yang disunting menjadi lelaki. Wajah ‘kacak’nya ini menarik perhatian ramai peminat. Amboi boleh cair semua hati gadis-gadis melihat wajah hands0me Rita ini. Kacak sungguh !

Jom baca perkongsian di bawah:

Perkongsian ini mendapat perhatian daripada ramai netizen. Antara komen-komen mereka:

” Muka ryan dh besar nanti mesti mcm ni la… encem manis.. “

” Berjanggut pun lawa lg… Dah nampak tak muka Arjuna umur 23tahun.. “

” Alahai akak handsome nye hihihi.. “

” Handsome weeiii kalau hat jant4n pun.. “

” Uisshhh.. nie hensem dh mcm mirip farid kamilz laa sistur ku.. “

” Suwitnya muka rita ni. muka jambu.. “

” Sekali imbas macam dato farid kamil.. “

” Mcm muka farid kamil haha.. “

Alahai muka lelaki pun hands0me betul muka Rita ni. Boleh jadi bayangan Arjuna dewasa kelak itu pasti. Kalau rupa sebegini Arjuna nanti, pasti beratur panjang calon menantu Rita. Apa pun, semoga Rita sentiasa gembira dan bahagia bersama anak-anak tersayang. Aaminnn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..