” Hebat.. aku nak ter1ak kuat2, kang bangun anak bini tido malam tadi. Tep0k amai2 je la dapat pun. Hahaha.. “

Video Reaksi Budak Lelaki Selepas Gol Kemenangan Malaysia Dijaringkan Buat Ramai Yang Sebak !!

Malam tadi pasukan Harimau Malaya meraih tiga mata selepas menang 3-2 menent4ng tuan rumah Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia bagi aksi pembukaan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023. Perlaw4nan yang berlangsung semalam turut mendebarkan seluruh peminat sukan tanahair.

Gol pertama dihasilkan oleh jaringan mantap Mohamadou Sumerah yang tidak sampai 1 minit berada di atas padang selepas ditukarkan dengan Hadin Azman sehingga mengej0tkan pihak law4n. Manakala gol kedua pula adalah hasil tandukan Muhammad Syafiq Ahmad pada minit yang ke 66.

Sumareh sekali lagi muncul sebagai wira Malaysia apabila menghasilkan jaringan ketiga pada minit-minit terakhir perlaw4nan dan sekali gus Malaysia meraih tiga mata pada kempen kelayakan ini. Pujian harus diberikan kepada semua pemain, ultras dan penyokong yang berada di sana serta semua yang terlibat.

Menerusi akaun Instagram TV Sukar Star, satu rakaman video seorang budak lelaki sedang menonton perlawanan Malaysia vs Indonesia malam tadi menerusi televisyen di rumahnya. Apa yang menariknya, reaksinya ketika Malaysia memperolehi mata 2 gol berbanding Indonesia ketika itu mendahului dengan 3 gol, saat yang sangat mendeb4rkan.

Lihat pula reaksinya apabila gol terahir yang dihasilkan oleh jaringan Sumareh. Alahai, menangis kegembiraan, sampai buat ramai yang tersentuh dan turut sebak. Betul-betul penyokong Harimau Malaya sejati, begitu bersemangat sekali. Terbaik lah dik !!

Jom tonton video di bawah :

” Tangisan kegembiraan.. “

View this post on Instagram

Tangisan kegembiraan

A post shared by Sukan Star TV – sstv.my (@tvsukanstar) on

Rata-rata netizen kagum dengan semangat adik ini dan ada juga yang turut sebak. Antara komen-komen netizen :

” Hebat.. aku nk ter1ak kuat2, kang bangun anak bini tdo mlm td.. hahaha.. tepuk amai2 je la dpt pun.. hahahaha.. “

” Lahaiii… kita plak nak nangis tgok adik ni.. “

” Perhhhh…. Dia punya spirit power utk negara.. “

” Aku berniaga semlm, bila gol, semua customer terkej0t, hahahahaha.. “

” Semangat bakal pelapis NegaraKu. patriotik.. “

” Caya lah Dik… abang pun tak seEmosi hang.. “

” Terbaik la dik.. abg pun tgk nangis.. “

” Alolololo… auntie rasa nk hug awk je .. auntie pun sebak gak tngok bola mlm tdi .. tangisan kegembiraan… kemenangan ni rasa berbaloi dgn layanan dari penyokong tuan rumah kan.. “

Memang terbaik lah dik, admin pun turut terharu tengok reaksi adik ini. Bangga apabila pasukan Harimau Malaya mampu memberi kemenangan walaupun dihimpit oleh pelbagai kec4man daripada penyokong pihak tuan rumah. Apa-apa pun kita doakan semoga anak buah Tan Cheng Hoe terus beraksi cemerlang dalam perlaw4nan-perlaw4nan selepas ini. All the best Harimau Malaya !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sukan Star TV by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..