” Hari ini seb4k sampai keluar air mata pulak.. “- Netizen
Chef Wan Kongsi Video Berb0rak Dengan Ibunya, Cik Ani Mengenai ‘Mengecut’ Di Hari Tua. Cara Layanan Chef Wan Kepada Ibunya Buat Ramai Netizen Seb4k. Allahu, Terh4runya Tengok !!
Datul Redzuwan Ismail atau panggilan mesranya Chef Wan sememangnya seorang yang sangat penyayang kepada ahli keluarganya. Tiada yang lebih disayanginya daripada ibunya sendiri iaitu Noraini Abdullah atau panggilan manjanya Cik Ani. Perhatian dan sikap ambil beratnya terhadap ibu mendapat pujian warga maya.
Chef tersohor negara ini, membuktikan beliau merupakan seorang anak yang penyayang dan menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang. Chef Wan sering berkongsi video beliau bergurau senda dengan ibunya di laman media sosial. Kasihnya kepada ibunya itu membuatkan ramai yang terhibur dan ada kalanya merasa terharu.
Dalam satu entri di Instagramnya, Chef Wan berkongsi sebuah video beliau dengan ibunya. Video tersebut memaparkan Chef Wan berbual membicangkan mengenai proses mengecut apabila sudah tua. Menurut Chef Wan ibunya sudah pun berumur 90 tahun manakala beliau pula berumur 63 tahun.
Chef wan berulang kali menanyakan hal mengecut kepada ibunya. Namun tiada jawapan. Begitu juga apabila Chef Wan bertanyakan mengenai perasaan sayang ibu kepadanya. Keakraban dan kemesraan antara Chef Wan dan Cik Ani juga ditunjukkan sepanjang dua minit video IGTV tersebut.
Jom tonton video tersebut di bawah ini :
Entri tersebut mengundang perasaan pelbagai daripada netizen. Mereka menyatakan perasaan terharu, sed1h, seb4k, gembira dan kel4kar melihat gelagat Chef Wan dan Cik Ani. Malah mereka juga memuji cara Chef Wan melayan dan menjaga ibunya itu. Ini antara komen-komen mereka
” Harini seb4k sampai keluar airmata pulak, anak saya sok macam ni ke dia nak syg saya.. “
” Chik Ani sangat cantik walau pada usia 90 dan Chef Wan melayan seorang ibu dgn penuh kasih sayang. Amat terharu melihatnya.. “
” Alhamdulillah cara chef wan jaga ibunya buat saya tersentuh, moga syurga ibu dan anak yang taat, terima kasih chef wan memberi inspirasi.. “
” Saya suka lihat chef wan jaga mak, Honestly bukan semua org mampu buat ni, moga menjadi inspirasi buat semua dan saya kita jaga orang2 tua.. “
Wah, bahagia sungguh melihat Chef Wan dan Cik Ani ni kan. Kesungguhan dan keikhlasan Chef Wan menjaga ibunya ini menjadi sebuah inspirasi kepada ramai orang di luar sana. Apa-apa pun semoga kedua-duanya diberikan kesihatan yang baik dan berada dalam rahmat Allah selalu hendaknya. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Chef Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..