” Harap kak dia simpan video ni, adik2 dia dah besar nanti leh bahan lagi.. “

Ini Lah Pad4hnya Tidur Dari Petang Sampai Malam, Kakak Gerak Bangun Suruh Pergi Sekolah. Tak Tahu Nak Gelak Ke Nak Kesian, Serius Kelakar Terokkk !!

Baru-baru ini sebuah video seorang kakak mengenakan dua orang adiknya menjadi viral di media sosial. Kakak yang dikenali sebagai Amanina Azahar ini memuatnaik rakaman video berkenaan di InstaStory miliknya. Dalam video berkenaan Amanina mengej0tkan adik-adiknya yang tidur pada waktu petang sampai ke malam.

Adik-adiknya yang baru bangun itu menyangka pada ketika itu sudah masuk waktu pagi dan perlu pergi ke sekolah. Ditambah lagi dengan bebel4n si kakak yang mengatakan mereka sudah lambat dan perlu cepat-cepat bersiap membuatkan dua beradik itu nampak sangat kalut.

Apa yang menariknya, kedua-dua adik Amanina itu tanpa banyak soal terus memakai pakaian seragam sekolah dan menyusun buku mengikut jadual. Si kakak beberapa kali menyuruh adiknya cepat bersiap kerana sudah lambat nak ke sekolah.

Apabila sudah siap memakai kasut, dua beradik ini pun terus keluar rumah untuk pergi ke sekolah. Apabila mereka melangkah keluar dari rumah, kedengaran suara ibu mereka mengatakan ‘ Ini malam, bukan pagi.. “. Langkah dua beradik itu terhenti dan hanya mampu tersengih sipu bila menyedari mereka telah terkena.

Si kakak pula tidak dapat menahan gelak berdekah-dekah kerana berjaya mengenakan dan membuat ‘pr4nk’ kepada dua orang adiknya. Mak pun pandai berpakat dari mula sampai habis. Alahai serius admin pun sama tumpang ketawa terbahak-bahak menonton video ini. Tak tahu lah nak rasa kesian ke tak, sebab memang serius kelakar.

Jom tonton video di bawah :

” Akibat tidor waktu senja. Di ped4jal kakak nya @amaninaazaharrr.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan video yang dikongsikan ini. Malah ramai yang turut berkongsi pengalaman sendiri. Antara komen-komen netizen :

” Wehhhh aku penahhh doh kene mcm ni. Menggelab4h bgun igt da lambat nk p skolah ahahah.. “

” Tapi dia Ada jugak effort nak pergi sekolah Tu.. terbaikk.. “

” Masa part ‘Ikut jadual’ xleh tahan tuh, tajuk buku plak ‘lawak budak skolah’.. “

” Siannya. haha. aku penah tdo petang bangun2 ingt dh subuh dh. Hahaha.. “

” Hahahahahha.. baguih la adik2… pi jugak sekolah walau mangkit lambat…. kalau anak acik dah nangis2 dah. dan2 pura2 sak1t tek4k nak dem4m ! “

” Aku yg cikgu sekolah pun.. pernah.. bangun lepas magrib.. nak pergi ngajar.. “

” HAHAHAHAHAHAHAA harap kak dia simpan video ni, adik² dia dh besar nnt leh bahan lagi.. “

” Aku bkn lps maghrib… aku lps subuh hari ahad… tetibe bangun awal nk g keje…. msok je bilik air bru teringat… weh arini ahad d0hh.. “

” Aku pernah kena la.. serius nangis sbb tak0t kena tinggal bas sekolah, kakak aku siap ketawa jak.. “

Nasib ko lah dik dapat kakak kuat menyakat macam ini. Tapi bila dah besar nanti, tengok balik video ini, mesti suka. Antara kenangan terindah zaman kanak-kanak. Kalau bukan dengan adik beradik kita nak bergurau, dengan siapa lagi kan. Terbaiklah si kakak, idea dia berjaya mengenakan si adik.

Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan kedua-dua adik ini berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan apa juang yang diceburi. Semoga menjadi anak yang taat kepada suruhan Allah dan juga ibu bapa. Terbaik lah dik, effort nak gi sekolah tu ada !!

Korang tak kan tak pernah ada pengalaman macam ni ? Cer citer skit..

Silakan SHARE..

Kredit Video : Amannina Azahar via Memes Puak4, Article by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..