” Harap-harap tekaan Neelofa untuk AJL malam ni betul.. “

Mungkinkah Ramalan Neelofa Menjadi Lagi Tahun Ini. Debaran Makin Terasa. Suspen Sungguh !!

Anugerah Juara Lagu ke 34 akhirnya menjelma. Setelah 3 pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 15,22 dan 29 November 2019, akhirnya sebanyak 12 lagu berjaya ke peringkat akhir. Anugerah Juara Lagu atau lebih dikenali sebagai AJL, sememangnya menjadi acara tahunan bagi menghargai dan memberi pengiktirafan rasmi karya seni kepada pencipta lagu.

Mula diperkenalkan sejak dari tahun 1986, kini sudah memasuki tahun ke 34 penganjurannya. Lagu-lagu yang terpilih dan berada di carta rancangan Muzik Muzik dipilih dan disaring daripada juara bulanan. Antara penyanyi yang pernah memenangi AJL adalah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Misha Omar, Hafiz Suip dan ramai lagi.

Bagi edisi AJL 34, 12 lagu yang berjaya ke pentas akhir menjadi tanda tanya siapakah bakal membolot anugerah berprestij itu. Antara lagu yang mendapat tumpuan adalah Sumpah nyanyian Naim Daniel, Kisah Cinta Kita oleh Hafiz Suip dan Anta Permana oleh Bob Yusof.

Acara gilang gemilang ini mendapat tumpuan bukan sahaja di kalangan peminat seni malahan juga di kalangan artis. Pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa juga tidak terkecuali. Beberapa tahun kebelakangan ini, Neelofa sering membuat ramalannya tentang juara AJL 32 dan AJL 33.

Beliau meramalkan penyanyi kacak Hael Husaini sebagai penerima anugerah itu dan ajaibnya ramalan Neelofa itu menjadi kenyataan. Mungkin secara kebetulan namun Neelofa umpama pak nujum bila tiba sahaja AJL 34. Peminat tertunggu-tunggu ramalannya yang diharapkan menjadi nyata sekali lagi.

Menerusi akaun twitter, Neelofa telah berkongsikan ramalannya tentang AJL 34 yang ditunggu-tunggu peminat itu. Diantara 12 lagu yang ke pentas akhir, Neelofa memilih lagu dendangan penyanyi muda berbakat besar Naim Daniel sebagai juara AJL 34. Apakah mungkin jadi nyata, suspen betul !

Jom baca tweet di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Pakar jampi AJL setiap tahun. Ok kita tunggu malam ni.. “

” Macam betul je.. “

” Yasss.. I will vote for naim daniel tooo.. “

” Haha biasa lofa predict semua betul.. “

” Harap-harap tekaan @Neelofa untuk AJL malam ni betul !.. “

” Always trust neelofa’s prediction gais. Always.. “

Deb4ran kian terasa, mungkin ramalan Lofa boleh jadi nyata sama-sama kita saksikan AJL yang sedang berlangsung di TV3. Moga semua peserta diberikan kemudahan untuk menyampaikan lagu dendangan masing-masing dengan sempurna.. Aamin

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Neelofa, Twitter Neelofa, IG AJL_TV3 by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..