” Happy birthday si cantik manis. May Allah bless you always.. ” – Netizen

Erin Malek Berkongsi Gambar Sekitar Majlis Doa Selamat Sempena Hari Lahirnya. Walaupun Bertambah Usia Namun Wajah Erin Tetap Tak Berubah, Maintain Cantik !!

Bila sebut sahaja nama Erin Malek pasti mengingatkan kita pada filem Tentang Bulan, filem lakonan Erin Malek ini mengisahkan kehidupan kanak-kanak di sebuah kampung. Dalam filem ini Erin telah menjadi pemeran watak utama sebagai Zurina.

Selepas filem Tentang Bulan pemilik nama sebenar Nur Arina Binti Abdul Malek ini meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan dengan membintangi drama, telefilem dan juga filem. Bakat lakonan yang ada pada Erin tidak dapat dipertikai lagi, apa sahaja watak yang diberikan pasti berjaya dibawa dengan baik.

Umum mengetahui bahawa Erin Malek telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Farriz Fauzy dan mereka telah dikurniakan dua orang cahayamata. Anak sulung Erin bernama Muhammad Faliq dan anak keduanya bernama Nur Aisha.

Mengintai ke laman instagram milik Erin, beliau telah berkongsi gambar-gambar sekitar majlis Doa Selamat sempena hari lahirnya yang ke 26 tahun. Majlis yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan Erin nampak meriah, turut kelihatan kedua cahayamata Erin.

Jom kita lihat perkongsian daripada Erin :

Perkongsian gambar sempena hari lahir Erin ini telah mendapat pelbagai ucapan daripada peminat. Antara ucapan-ucapan ialah :

” Happy Birthday Darling erinmalek94. Semoga bahagia sentiasa and dilindungi ALLAH swt.. “

” Happy bornday Erin, still pretty even two baby already.. “

” Selamat hari jadi Erin ke 26tahun. Semoga Erin & suami Erin Farriz bahagia selalu hingga bersama di syurga bersama anak. Saya doakan nya Aamin.. “

” Happy birthday si cantik manis. May Allah bless u always.. “

” HBD sis semoga berbahagia keanak cucu slamanya.. “

” Happy birthday beautiful erinmalek94. May Allah bless you.. “

Lihat lagi beberapa gambar sekitar majlis Doa Selamat dan hari lahir Erin :

Alahaiii wajah Erin ni langsung tak berubah dari mula-mula berlakon dulu lagi, makin bertambah ayu ibu muda ni. Sempena ulangtahun kelahiran Erin kami di Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir buat Erin semoga diberi kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Aaminn..

Terima kasih kerana membaca.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erin Malek

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..