“Happy birthday sayang ibu, Dia request nak 2 celebration every year “

Video Dan Foto-Foto Sekitar Majlis Hari Lahir Putra Rayfal, Anak Sulung Fasha Sanda. Wahh… Kali Ni Tema Baby Shark Doo Doo..Doo Doo Pulak !!!

Nur Fasha Sandha Binti Hassan atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha telah pun mendirikan rumahtangganya hujung Mac yang lalu bersama Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon. Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kali kedua untuk Fasha.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau dikenali dengan nama panggilan Jejai. Pernikahan mereka pada 27 April 2012, namun begitu perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan telah bercer4i pada 20 Jan 2016.

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang cahayamata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Putra Rayfal dilahirkan pada 15 April 2013 di Pusat Perubatan Prince Court tepat puk0l 9.21 pagi. Putra Rayfal merupakan anak sulung kepada Fasha.

Terkini, pada entri terbaru di laman Instagram Fasha Sanda telah berkongsikan foto-foto di sekitar majlis hari lahir anaknya Putra Rayfal Ramli yang ke 6 tahun. Fasha Sanda menyatakan, walaupun semalam Rayfal telah diraikan pada majlis hari lahirnya, tetapi Rayfal meminta untuk dibuat untuk kali keduanya pula.

Kali ini majlis hari lahir Rayfal disambut bersama dengan rakan-rakannya di sekolah. Dengan bertemakan Baby Shark Do Do..Do Do sudah tertunailah impian Rayfal untuk meraikan sambutan hari lahirnya sebanyak dua kali setahun.

Happy birthday sayang ibu…Dia request nak 2 celebration every year. Insyaallah selagi termampu ya sayang “

Rata-rata pengikutnya mengucapkan selamat hari lahir kepada Rayfal dan turut mendoakannya. Ini komen-komen mereka:

 ” Happy birthday rayfal..semoga membesar dgn sempurna n menjadi ank yg soleh..buat ibumu…amin… “

” Alhamdulillah… Tertunai sudah hasrat rayfal “

” Seyes…sukanya tgk u dua….semoga sehingga ke Jannah…AAMIIN “

” Happy birthday Rayfal. Moga jadi anak yg soleh.. “

” HAppy BIRTHDAY Putra Raifal.Semoga membesar dengan sihat.. “

Alahai beruntungnya adik Rayfal kan.

Di bawah ini adalah foto-foto di sekitar Sambutan Hari lahir Rayfal untuk kali ke-2 dalam tahun ini. Jom saksikan. Check it out !!

Selamat hari lahir Rayfal !!!

Fasha bersama Jemaima ! Comel jer 

Comelnya hiasan di majlis hari lahir Rayfal !

Meriahnya !! Kawan-kawan Rayfal mesti suka..

Fasha dan Aidil sedang melayan kawan-kawan Rayfal..Terbaik la !!

Kawan-kawan Rayfal sedang menyanyi !!

Sibuk melayan tetamu ye Fasha !!

Wajah-wajah comel di majlis hari lahir Rayfal ..

Terbaru, Ibu kepada Fasha Sanda juga telah memuat naik sebuah video sambutan hari lahir cucunya itu.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Rayfal B'day..#rayfalturns6

A post shared by Eja Sandha (@mamasandha) on

Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Rayfal dan mendoakan supaya Rayfal membesar dengan sihat serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Fasha Sanda, MamaSanda  By Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..