” Happy birthday Aisya Humaira. Cantiknya kek.. ” – Netizen

Gambar Sekitar Majlis Ulangtahun Kelahiran Aisya Humaira Yang Meriah. Wah Kek Aisya Bukan Kaleng-Kaleng. Kreatif !! 

Datin Seri Umie Aida bukan nama baru dalam dunia seni. Sudah terkenal sebagai pelakon sejak lama dulu. Adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima ini juga merupakan kakak kepada Betty Rahmad. DS Umie Aida mempunyai 3 orang anak angkat.

Anak-anak angkatnya bernama Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy sudah pun dewasa manakala Aisya Humaira kini berusia setahun. DS Umie sering berkongsi gambar Aisya di akaun Instagramnya untuk tatapan peminat yang mengikuti perkembangan Aisya.

Aisya menjadi penyeri hidup DS Umie Aida dengan telatahnya. Memiliki wajah comel yang membuatkan peminat suka melihatnya. Menyambut ulangtahun kelahiran Aisya Humaira yang pertama kalinya, DS Umie Aida merancang dan mengadakan satu majlis buat puteri kesayangannya ini.

Menerusi tinjauan akaun Instagram Betty Rahmad, dapat disaksikan gambar-gambar sekitar majlis sambutan ulangtahun kelahiran Aisya Humaira yang pertama. Bertemakan karton Cocomelon , dekorasi majlis Aisya cantik dan menarik.

Jom baca perkongsian di bawah :

Datin Seri Umie Aida ada berkongsikan video kek istimewa hasil air tangan dan kreativiti Anne Idris dari My Mum’s Bakery istimewa buat anaknya ini di Instagramnya.

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen :

” Happy birthday Aisya Humaira. Cantiknya kek.. “

” Cantik betul kek tu. Wow cantik dan halus buatannya.. “

” Wow happy birthday. Cake merry go round, kreatif.. “

” Cocomelon, cantikyaaaaaa deko… MashaAllah.. “

” So fast ! 1 years old already.. “

Antara gambar ketika sambutan ulangtahun Aisya yang dikongsikan  :

Meriah sambutan ulangtahun kelahiran Aisya ini. Dekorasi yang serba merah jambu dan kek yang kreatif buat majlis ini nampak mewah. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Aisya Humaira. Semoga menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad, IG Ardy Wira, IG Umie Aida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..