” Happy anniversary my favourite actress and doctor.. ” – Netizen

Dr Izzar Berkongsi Gambar Sempena Ulangtahun Perkahwinannya Bersama Ummi Nazeera. Namun Kapsyen Dan Ucapan Buat Netizen Terhibur. Aduhai Kenapa Sampai Jadi Macam Ni, Baru 3 Tahun Kahwin !!

Ummi Nazeera Nur Hidayah Binti Zainul Abidin merupakan seorang pelakon yang sering membintangi drama, telefilem serta filem di Malaysia. Nama Ummi Nazeera mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam drama berjudul Nur Kasih.

Selepas menjadi pelakon Ummi turut melebarkan kerjaya seninya ini dengan terlibat dalam bidang pengacaraan. Untuk rekod, Ummi telah mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya yang bernama Mohd. Izzar Anwari Bin Datuk Seri Abdul Khani yang merupakan seorang doktor.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang sangat comel bernama Ayra Aneesah Binti Mohd. Izzar yang bakal berusia genap 2 tahun pada bulan Ogos nanti. Wajah comel Ayra ini dilihat sangat seiras dengan wajah Dr Izzar.

Menjengah ke laman instagram milik Dr Izzar, kita dapat melihat satu perkongsian gambar beliau bersama isterinya sempena ulangtahun perkahwinan mereka hari ini. Namun apa yang menarik perhatian ialah Dr Izzar dan Ummi sama-sama terlupa hari ini adalah merupakan ulangtahun perkahwinan mereka yang ketiga.

Mari kita lihat gambar di bawah ini :

Dan ini pula perkongsian Ummi Nazeera melalui intagram miliknya :

Sempena Ulangtahun Perkahwinan Dr Izzar dan Ummi Nazira ini mereka telah mendapat berbagai-bagai ucapan dan doa, antaranya ialah :

” Tahniah bro. Semoga berbahagia sampai syurga.. “

” Selamat Hari Ulangtahun Doktor, semoga bahagia hingga Jannah.. “

” Hahahah that caption, Happy Anniversary Dr & Ummi. May Allah Bless Till Jannah.. “

” Happy anniversary Kak Ummi & Dr Izzar. Semoga kekal hingga Syurga.. “

” Omggg adikkk, macam mana boleh lupa baru 3 tahun ni. Happy Anniversary to both of you.. “

” Happy anniversary kaKk Ummi dan Dr Izzar. Semoga kekal bahagia hingga ke Syurga.. “

” Happy anniversary favourite actress and doctor.. Mudahan bahagia sampai Syurga. Aamiinn.. “

” Hehe masing-masing dah ada hal tu umminazeera. Btw happy anniversary for you Ummi.. “

Alahaii macam mana boleh terlupa ni Ummi dan Dr Izzar. Apa pun kami di Berita Kopak ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat Ummi dan Dr Izzar, semoga bahagia berkekalan hingga ke Jannah dan sentiasa bersama selamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Izzar, IG Ummi Nazeera

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..