Hanya Guna Bahan Yang Biasa Didapati dalam Rumah Ini Untuk Membersihkan Dalaman Kereta Dan Membuatkannya Tidak Lagi Pudar dan Kusam.

Ramai di antara kita yang mempunyai kereta hanya mementingkan penampilan luaran sahaja. Kemungkinan untuk menjaga bahagian dalamannya adalah sesuatu yang meleceehkan, jadi kebayakkannya berasa malas untuk menjaganya.

Pada dasarnya, boleh dikatakan semua kereta baru, bahagian dashboard dan door trimnya dibuat daripad plastik. Dan biasanya lama kelamaan, keadaannya akn mulai kusam dan pudar.

Selain kurang penjagaan, cahaya matahari juga menjadi penyebab mengapa lama kelamaan warna pada bahagian dashboard dan door trim akan kusam dan pudar.

Sebenarnya, untuk menjaga bahagian itu sebenarnya adalah perkara yang mudah dan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Dan hanya mengambil masa yang sekejap sahaja. Selain itu, kos untuk menjaganya juga murah dan menjimatkan.

Apa yang anda perlu sediakan adalah penyerap air atau chamois untuk membersihkan bahagian tersebut daripada debu. Kemudian sapukan body lotion yang biasa dipakai oleh orang perempuan untuk melindungi kulit mereka dari cahaya matahari.

Digalakkan letakkan pada kain pengelap dahulu kemudian barulah disapukan pada bahagian tersebut.

Sifat body lotion yang menjadi perlindungan kepada sinar matahari  membuatkan ianya tidak menjadi masalah untuk digunakan. Selepas disapu dengan body lotion, lebih elok di lapkan dengan kain yang kering untuk mengelakkan kesan melekat daripada body lotion itu. Dan supaya debu dan kotoran lain tidak mudah melekat.

Terima kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Dan Disusun oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Auto Care