” Hahahahahaha ad0h hilang stresss tengok.. “

Video Pak Azad Ajar Tarian Istimewa Bersama Eira Syazira Dan Amarra Buat Peminat Ketawa Terguling-Guling, Pec4h Gusi !!

Siapa tidak kenal dengan pelawak Azad Jasmin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Azad. Seringkali berkongsikan aksi lawaknya di akaun sosial miliknya membuatkan peminat tidak kering gusi ketawa. Lawak bersahaja beserta mimik muka dan mulut bec0knya memang buat tarikan.

Pak Azad memulakan kariernya menerusi lakonan di dalam filem Nana Tanjung arahan Abdul Razak Mohaideen. Kepetahannya dalam loghat utara sememangnya menjadi trademark untuk dirinya itu. Selain lakonan, Pak Azad juga menceburi bidang pelawak , pengacara dan penyanyi.

Dalam kehidupan peribadinya, Pak Azad merupakan suami kepada pelakon dramatis airmata Eira Syazira. Mereka berkahwin pada 16 September 2011 dan telah pun dikurniakan 3 orang cahayamata perempuan diberi nama Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

Menerusi akaun Instagram, Pak Azad dilihat memuatnaik satu rakaman video beliau bersama isterinya Eira dan anak mereka menggayakan tarian yang digelar tarian anti stresss. Menarik sungguh gaya tarian sebegini dan ini membuatkan netizen gelak besar menyaksikan keletah mereka anak beranak .

Jom tengok video di bawah:

” Assalamualaikum anda boleh mengamal senaman macam ni Kalau anda dalam stresss… It work for me.. How about you ? Try it and uplaod #kamiantistress hehehe inilah tarian @cjwowshop #familywowazadeira.. “

Rata-rata peminat turut terhibur dengan aksi family Pak Azad ini. Antara komen-komen peminat :

” Takyah senaman tengok video ni pon seronok tak dak arah dah senaman muka.. “

” I love this famili.. Very sporting and funny.. “

” Murah rezeki depa sebab pak azad sentiasa membahagiakan istri dan keluarga.. “

” Kelakar lah famili azad ni.. Penghibur duk4 lar4.. Love you guys.. “

” Anak dengan amak dengan bapa.. Satu kepala.. Susah nak jumpa satu kepala cam ni.. “

” AHAHAHAHHA SIOT BETUL .. “

” Hahahahahaha aduh hilang stresss tengok.. “

Sememangnya family Pak Azad terkenal dengan lawak dan manja mereka. Bukan sahaja Pak Azad malah Eira dan anak-anak juga sering membuat aksi yang membuatkan peminat ketawa terbahak-bahak. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga keluarga ini sentiasa dilimpahi rezeki dan kebahagiaan yang berpanjangan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Pak Azad by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..