” Hahaha tolong la s4kit perut dok gelak sakan layan slot drama ni “

Video Dubbing Rancangan Tamil Oleh Zulin Buat Ramai Pec4h Perut !!!

Farah Azleenda Binti Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz ialah seorang pelakon dan juga pelawak yang sangat dikenali di Malaysia. Seorang yang sangat positif dalam hidup, walaupun pernah melalui ujian berat sebelum ini.

Jika anda selalu  mengikuti laman Instagram Zulin, pasti anda tahu tentang sikap lawak yang terdapat dalam dirinya pada setiap video yang dikongsikan. Zulin mempunyai kemahiran dan bakat dalam berinteraksi banyak bahasa.

Selain itu, wataknya yang periang dan mesra bersama pengikutnya membuatkan dirinya sangat disenangi peminat. Ini membuatkan pengikutnya akan tertunggu-tunggu setiap video yang ingin Zulin kongsikan. Zulin juga gemar membuat video dubbing yang boleh membuat kita ketawa tidak kering gusi.

Terbaru, Zulin telah memuat naik sebuah video dubbing daripada rancangan Tamil. Dalam video tersebut, dapat dilihat seorang pengetua dengan tenang sedang cuba menyelesaikan masalah pelajarnya yang ponteng sekolah di  Selayang Mall.

Sedikit kupasan video ingin dikongsikan. Memang kelakar habis !!

Pengetua : Apa masalah korang semua ni hah.. sampai ponteng ramai-ramai ni.. tak bagus…

Emily : Ala rilek la pengetua , orang baru bercinta, bagi chance la diaorang bercinta…

 Lela : Saya dah kata dah , saya tak tahu apa, dia yang ajak saya ke Selayang Mall… nak tengok wayang la.

Memang kagum sangat dengan Zulin ni. Sangat berbakat !!

Jom tonton Video penuh di bawah. Pasti anda akan ulang lebih dari sepuluh kali .

” Habis sekolah dulu baru bercinta! Ni sampai kntoi ponteng skolah.. Lepas tu bila put0s salahkan cikgu.. tulis kat fasebuk “

Rata-rata peminat tergelak besar selepas menonton video dubbing Zulin ini.

Antara komen-komen yang ditinggalkan diruang komen Zulin :

” Hahaha tlg la s4kit perut dok gelak sakan lyn slot drama uols ni huhuh xtau nk habaq lagu mn. “

” Sjk bile selayang mall ada wayang ? Hahaha “

 ” Serius ting tong “

” Tu ke pakwe jd rebutan “

” Weh selayang mall. Hahahahahaha! “

” Tu la budak zaman sekarang “

” Aahahahahahahahha bngok laaaaaaa bedekah aku. “

” Bre4k up sebab cikgu “

” Tak pernah mengecewakan saya utk gelak akak zulin ni “

Halah.. halah.. Zulin, kami di Berita Kopak pun turut tergelak besar. Sangat menghiburkan. Terima kasih la Zulin, nanti bolehlah kongsikan video dubbing lagi. Kami mendoakan Zulin sentiasa dalam rahmat Allah selalu dan dipermudahkan urusan seharian. Amin

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak. Silakan SHARE.

Sumber : IG Zulin Aziz By Berita kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan  logo Berita KOpak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.