” Hadoiii s4kit perut aku gelak oii.. deep sangattttt parodi ni.. “

” Ni kalau budak yang picit tu tengok confirm triggered hahaha.. ” – Parodi MeleT0P Picit Roti Oleh Bell Ngasri, Jihan Muse Dan Azza, Buat Ramai Yang Tak Kering Gusi !!

Nama pelawak Bell Ngasri dan Jihan Muse sangat sinonim dengan Parodi. Sebut saja parodi, pasti kita akan terbayang wajah dua selebriti yang berbakat besar ini.

Gandingan mantap Bell dan Jihan terutama sekali di Parodi MeleTOP membuatkan ramai yang terhibur dengan gelagat dan aksi mereka yang sangat mencuit hati dan membuatkan ramai yang ketawa terbahak-bahak.

Penampilan mereka yang sangat bersahaja dan santai dengan cara lawak serta komedi yang tersendiri membuatkan ramai penonton tertarik untuk menonton rancangan MeleTOP.

Dengan gaya percakapan dan aksi meniru gaya artis lain yang sangat kena dan menjadi membuatkan ramai yang tertarik dan terhibur dengan lakonan komedi mereka berdua.

Menerusi MeleTOP minggu ini, Jihan dan Bell sekali lagi ditugaskan untuk menjayakan segmen parodi. Kali ini mereka memparodikan isu viral yang berlaku baru-baru ini iaitu picit roti di kedai serbaneka.

Penyanyi dan pelakon, Azza juga turut diundang menjayakan segmen komedi pada minggu ini.

Dalam video ini, Bell melakonkan watak pekerja di kedai serbaneka itu. Manakala Jihan adalah wanita yang memicit roti dan makanan seperti yang berlaku dalam video remaja yang viral baru-baru ini. Part Kak KM dan budak intern pun lawak sangat.

Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan parodi mereka. Antara komen-komen netizen :

” Parodi Meletop klu ada Jihan dan Bell, mmg kelakar habis.. X pernah mengecewakan.. Mimik muka mainkan peranan.. Hahahaha.. “

” Ni kalau budak yg picit tu tengok confirm triggered hahahaha.. “

” Aku tak tahan gelak part ‘ budak intern, notis! ‘ HAHAHAHAHAH.. mmg selalu budak intern kena bul1 cam ni doh.. “

” Kak KM tu Tak boleh blah haha.. Azza pun best.. “‘

” Azza Elite dah berlakon parody ke sekarang? Kelakar gila Azza. Keep it up.. “

” Lom tgok aku da gelak dulu.. Bila tgok bell nye muka ni.. hahahah.. “

” Terbaik parodi meletop dari Bell, Jihan dan Azza… kelakar sgt.. sindiran yg padu.. tak pernah mengecewakan.. good job utk korang semua.. “

” Kalau ada movie komedi diorang bertiga berlakon comfirm aku pegi tengok.. “

” Hadoiii s4kit peqot aku gelak oii.. deep sangattttt parodi ni.. “

Aduiiii, memang tak pernah tak kelakar lah Bell dan Jihan ini. Ditambah lagi dengan penampilan Azza, lagi bertambah-tambah menjadi parodi mereka. Tak pernah mengecewakan. Memang terbaik !!

Kepada yang masih belum menonton, bolehlah menonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube MeleTOP by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..