” Gunakan alasan tidak percaya orang lain melainkan ibu sendiri untuk menjaga anak, walhal nak jimat sebab nak pakai tudung itik, kan? “

Perkongsian Wanita ini Buat Ramai Yang Buka Mata !!

Sekarang ini, lelaki perempuan dah bekerja. Disebabkan itu, isu penjagaan anak menjadi suatu cabaran bagi mereka yang tidak mempunyai banyak pilihan. Ada juga yang f0bia dan memang jenis tak percaya kepada orang lain.

Salah satu jalan penyelesaian yang memudahkan adalah meminta mak ayah kita untuk tolong menjagakan anak. Ada banyak sebabnya kita patut mempertimbangkan keputusan tersebut dengan lebih mendalam.

Tak dinafikan sesetengah orang tua memang tak kisah menjaga cucu kerana berasa suny1 dan ingin meluangkan masa senggang mereka. Namun begitu, ada beberapa sebab kenapa kita tak digalakkan untuk menjadikan mak ayah sendiri sebagai pengasuh anak-anak kita.

Mari kita sama-sama membaca perkongsian dari seseorang ibu bernama Nurul yang tidak bersetuju anak-anak dihantar kepada ibu bapa atau ibu bapa mertua untuk menjadi pengasuh kepada anak-anak. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Gambar : Sekadar hiasan

Assalamualaikum pembaca setia IIUMC. Terima kasih sangat kalau admin approve post ni. Untuk pengenalan, cukuplah saya kenalkan diri sebagai Nurul. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dari tajuk anda dah tau apa saya nak tulis.

Sekarang ni macam dah jadi kebiasaan untuk menghantar cucu kepada atuk dan neneknya untuk dijaga. In fact, ramai dalam kalangan rakan saya yang berbuat demikian. Ada yang hantar anak pagi ambil petang, dan ada juga yang hantar terus kepada atuk neneknya dan hanya melawat pada hujung minggu.

Ni saya senaraikan kenapa anda TIDAK SEPATUTNYA MENGHANTAR ANAK ANDA KEPADA IBU / BAPA ATAU IBU / BAPA MERTUA ANDA :

1. MEREKA SUDAH BERUSI4 DAN LET1H

Walaupun mereka tak pernah complain, percayalah yang sebenarnya mereka sangat pen4t. Cuba tanya pada orang yang menjaga budak, betapa pen4tnya kerja tu. Sedangkan kudrat yang muda pun tak l4rat, apatah lagi orang yang sudah berusia.

Patutnya pada usia senja macam ni diorang dah boleh rehat. Dah penat membesarkan anak masa usia muda. Kenapa kena besarkan cucu pulak.

 ( Gambar Sekadar Hiasan )

2. MEREKA NAK FOKUS BERIBADAH

Jaga budak tak boleh nak beribadah ke ? Bukan tak boleh, tapi susah nak fokus. Baru nak solat fardhu pun tiba-tiba cucu mel4lak. Sebelum jaga cucu si atuk dan nenek boleh ke kelas agama, bebas ikut segala kelas mengaji, kelas tajwid, tapi kini tidak lagi. Takkan nak di angkut bayi ke hulu ke hilir.

Takkan ni angkut budak yang tengah aktif membesar lari sana sini ke kelas mengaji. Kalau cucu dia mendengar kata Alhamdulillah. Kalau jaga cucu yang aktif macam mana?

 ( Gambar Sekadar Hiasan )

3. KALAU SESUATU TERJADI KEPADA ANAK ANDA, ADAKAH ANDA MAMPU MEMAAFKAN IBU / BAPA ATAU IBU / BAPA MERTUA ANDA?

Mal4ng tidak berbau. Kema1angan bayi dan kanak2 ni boleh jadi di mana2 sahaja dan tak kira di jaga oleh sesiapa pun. Sedangkan ibu sendiri jaga pun macam2 benda boleh jadi. Kalau perkara tak diingini berlaku ketika di bawah jagaan diri sendiri, paling ter0k kita takkan maafkan diri sendiri.

Orang keliling masih ada untuk support dan silaturrahim masih terjaga. Kalau anak anda dibawah jagaan pengasuh, anda akan marah dengan pengasuh.

Bayangkan anak anda dijaga oleh ibu anda sendiri. Ibu anda tengah masak sup kat dapur. Sambil tunggu di ruang tamu dia tert1dur. Trust me orang berusia cepat let1h dan kadang2 sampai boleh tert1dur duduk tanpa sedar. Tiba-tiba anak anda pergi dapur tarik periuk sup, tumpah me1ecur.

Mampukah anda memaafkan ibu anda tanpa sedikit pun menyalahkan kecu4ian ibu anda?

 ( Gambar Sekadar Hiasan )

4. MEREKA TIDAK MENDAPAT GAJI UNTUK MENJAGA ANAK ANDA

Kalau ada yang bagi banyak sampai ribu2, Alhamdulillah. Kalau setakat RM100 – RM200… Kalau hantar nursery / pengasuh, jaga seorang pun dah RM450.

 ( Gambar Sekadar Hiasan )

Saya rasa cukuplah 4 sebab ni untuk anda berfikir balik tentang keputusan menghantar anak kepada ibu bapa anda. Jangan z4lim sangat nak jimat, nak mudah, tak nak hantar kat pengasuh.

Jangan gunakan alasan tidak percaya orang lain melainkan ibu sendiri untuk menjaga anak anda, walhal sebenarnya you nak jimat sebab nak pakai tudung itik kannn? Sekian, wassalam… – Nurul

Justeru para pembaca sekelian, sebenarnya yang menjaga anak kita itu adalah Allah. Segala yang terjadi pada anak itu dengan izin Allah. Allah menguji seseorang itu selayak dan semampu dengan kudratnya. Nasihat kami di sini jika kita masih mempunyai ibu bapa jagalah mereka sebaiknya dan bantulah permudahkan segala urusan mereka.

Sebagai anak, mereka seharusnya sedar bahawa di antara tugas utama ialah memastikan kebajikan ibu bapa mereka sentiasa terjaga sepanjang masa. Semoga setiap anak di negara tercinta ini mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ibu bapa mereka sentiasa gembira, aman dan selesa sepanjang masa.

 ( Gambar Sekadar Hiasan )

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IIUMC / Dikemaskini oleh Berita Kopak & Content Media