” Great family alhamdulillah. Macam keluarga Norman Hakim jugak.. ” – Netizen

Dato’ Sri Eizlan Yusof Kongsi Gambar Bercuti Sambil Menyambut Ulangtahun Anaknya, Vie Zaalia. Namun Kehadiran Bekas Isterinya, Vie Shantie Khan Jadi Tumpuan. Wah Mesra Semuanya. Salute !!

Tanggal 12 Disember tahun lalu, telah berlangsungnya perkahwinan antara Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Datin Sri Natasha Rosa Boudville. Merupakan perkahwinan kedua buat Eizlan, majlis itu berlangsung dengan meriah sekali. Turut diserikan lagi dengan kehadiran anak-anaknya, Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Mereka adalah anak Eizlan bersama bekas isterinya, Vie Shantie Khan. Natasha juga mesra dengan anak-anak tirinya ini. Netizen pada ketika itu mempersoalkan hubungan Vie dan Eizlan yang dikatakan tidak elok. Walhal Vie sendiri yang menyiapkan anak-anaknya ini untuk ke hari bahagia ayah mereka.

Vie juga sudah bahagia dengan kehidupannya sekarang. Malah pada bulan Januari lalu, Vie baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan bernama Vie Raissa. Anak-anaknya ini juga sering berjumpa Eizlan dan Natasha. Keceriaan dan kegembiraan mereka bersama sering dikongsikan di akaun Instagram mereka.

Menerusi akaun Instagram Dato Sri Eizlan Yusof, telah dikongsikan sekeping gambar beliau bersama isteri dan anak-anak. Turut kelihatan sama bekas isterinya, Vie Shantie Khan. Wah muka ceria je semua. Siapa kata hubungan Vie dan Eizlan dingin, semuanya khabar ang1n semata-mata.

Jom baca perkongsian di bawah :

Gambar mesra mereka sekeluarga ini pasti buat ramai yang tumpang gembira. Antara komen-komen peminat :

” Wow I’m happy for this family.. May Allah bless your family.. “

” Great family, Alhamdulillah. Macam keluarga Norman Hakim jugak.. “

” Beautiful family. Alhamdulillah dapat gather semuanya. Pasti Bday Girl riang gembira. Happy Birthday sweetie pie.. “

” Lovely family, alhamdulillah big family and happy family.. “

” Masyaallah.. Such a warm sight. May Allah bless all of u with everlasting love and ukwah for the sake of Him !.. “

” Antara family yang boleh dicontohi selepas family Norman dan Abby.. “

Akhirnya dapat tengok gambar mereka berkumpul semuanya. Baby Jaya pasti paling gembira sambut ulangtahunnya kali ini. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Vie Zaalia dan Dato’ Sri Eizlan Yusof. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..