” Good job Ayden. Tik Tok pandai, ngaji pun pandai.. ” – Netizen

Video Anak Bella Astillah, Ayden Adrean Mengaji. Part Baca Laju-Laju Tu Kiut Je. Bagus Ayden !! 

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah bukan nama asing. Cukup terkenal di kalangan peminat bersama dengan pasangannya Aliff Aziz. Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Ayden Adrean. Bella kini sar4t hamil anak keduanya.

Dipanggil dengan nama Ayden, si cilik ini sering menarik perhatian ramai peminat. Banyak persamaan wajah dengan mommynya, Ayden sering ceria dan bersemangat. Di mana ada Bella, pasti di situ akan ada Ayden menemani.

Memiliki Instagramnya tersendiri, Ayden sehingga kini diikuti seramai 207 ribu pengikut. Ayden juga tercalon sebagai si cilik Melet0p untuk anugerah Melet0p Era. Suka menyanyi dan menari, video Ayden bermain aplikasi Tik Tok juga dikongsikan di akaun Bella dan Ayden sendiri.

Menerusi akaun Instagram Ayden Adrean, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan Ayden sedang belajar mengaji. Ayden yang menyebut satu persatu huruf bermula dari ‘Alif’ sehingga ‘Yaa’. Ramai peminat pasti terhibur melihat berbagai gelagat Ayden ini.

Jom tonton video di bawah:

Video Ayden mengaji ini mendapat pujian dan perhatian daripada netizen. Antara komen-komen mereka :

” Good b0y aydennn… Semoga jadi anak yang soleh.. “

” Bijakkk nya ayden. Pandai ayden… moga terang hati.. “

” Smoga besar menjadi anak yg soleh yg tinggi ahlak nye demi membantu kedua org tua nye… aamiin… be good my child.. “

” Alhamdulillah. MasyaAllah. Bijaknya ayden. Bgus ank mmy.. “

” Good job Ayden. Tik T0k pandai, ngaji pun pandai.. “

” Terharu campur happy untuk ayden. Allahu .. Mak didik ayden elok-elok ok.. “

Kuat juga daya ingatan Ayden. Sudah boleh mengenal huruf asas Alquran permulaan yang baik. Semoga Ayden teruskan usaha mengaji tanpa jemu. Kami di Berita Kopak berharap agar Ayden menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa dan sentiasa dipermudahkan Allah untuk belajar. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayden Adrean, IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..