Geland4ngan Ini Beli Minyak RM80 Untuk Seorang Wanita Yang Kehabisan Minyak Di Tengah Malam. Tidak Disangka INI Yang Diterimanya Selepas Itu!

Setiap kebaikan itu pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Begitulah yang diterima oleh seorang geland4ngan yang tidak mempunyai rumah utuk berteduh dan hanya menumpang sementara dimana-mana untuk tidur atau berteduh.

Lelaki yang bernama  Johnny Bobbit Jr. ini tidak menyangka yang niatnya hanya untuk membantu seorang wanita yang mendapat masalah di jalanraya mtelah mewmbuatkan nasibnya berubah dengan tiba-tiba.

Kisahnya bermula apabila dia menolong seorang wanita, Kate McClure yang kehabisan minyak keretanya semasa sedang memandu menuju ke Philadelphia. Niat wanita tersebut yang ingin menemui rakannya di situ tergendala apabila keretanya tiba-tiba kehabisan minyak.

Dengan keadaan jalan itu yang gelap kerana waktu malam, Kate pun membawa keretanya ke bahu jalan dan di situlah hadirnya Johnny yang menawarkan pertolongan untuknya. Johnny pun menyuruh Kate supaya duduk di dalam kereta kerana tidak selamat untuknya berada di luar pada waktu malam sementara Johnny berjalan kaki mencari stesen minyak yang berdekatan.

Kate yang tidak mempunyai wang pada ketika itu tidak dapat memberi apa-apa kepada Johnny tetapi tidak lama selepas itu, Johnny datang kembali membawa satu gelen minyak yang dibelinya dengan harga $20 menggunakan duit yang dia ada di poketnya.

Johnny mengatakan yang dia ikhlas memberikan pertolongan itu dan tidak mengharapkan apa-apa. Kebaikan hati Johnny itu membuatkan Kate merasa terharu tambah-tambah lagi mengetahui yang Johnny hanya seorang gelandangan.

Dia tidak menyangka yang seorang gelandangan seperti Johnny yang tidak mempunyai apa-apa sanggup membantunya yang dalam kesusahan. Pertolongan dari Johnny itu membuatkan wanita yang berumur 27 tahun itu mampu kembali meneruskan perjalanannya selepas mengucapkan terima kasih kepada Johnny.

Setelah itu, Kate pun memulakan rancangan untuk membantu Johnny memberinya kehidupan yang lebih baik. Dia memulakan kempen mengutip sumbangan dan melalui laman Gofundme, Kate menceritakan kisahnya dan memberitahu tentang kisah lelaki tersebut yang ikhlas membantunya walaupun seorang gelandengan.

Kate tidak menyangka, kempennya itu mendapat sambutan dari ramai orang dan melalui laman itu dia berjaya mengumpulkan duit sebanyak US$ 362 ribu atau ataupun lebih kurang RM 1, 498,00!

Kutipan sumbangan tersebut benar-benar mengej0tkan Kate dan dia berharap dia mampu membelikan rumah untuk Johnny dan hidup lebih selesa selepas ini. Dengan sumbangan itu juga dia mampu memberikan kepada Johnny apa yang menjadi kekurangan lelaki itu dan mendapat kehidupan lebih baik.

Begitulah jika kita mempunyai niat yang baik menolong orang yang memerlukan, pasti kita mendapat ganjarannya satu hari nanti. Kisah Kate dan Johnny ini menjadi salah satu bukti tentang keajaiban memberikan kebaikan kepada orang lain.

Lelaki itu tidak menyangka niat ikhlasnya membeli minyak untuk seorang wanita pada malam itu telah mengubah nasibnya!

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : philly.c0m