Gelagat Yusuf Iskandar Yang Teruja Merasa ‘Baby Kicking’ Di Perut Ibunya Buat Ramai Terhibur

Tapi Komen Isteri Achey Buat Netizen Rasa Sebak. Bersabarlah !!

Nama si cilik popular Yusuf Iskandar tidak perlu diperkenalkan lagi. Telatah dan gelagat comel anak kepada pasangan pelakon utama filem Paskal Hairul Azreen dan isterinya pelakon dan pengacara Hanis Zalikha ini, sering mencuit hati ramai orang.

Gelagat dan ragam Yusuf dapat dilihat menerusi video dan foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya atau Instagram ibu bapanya, Hanis dan Hairul. Mimik muka Yusuf ketika bergambar serta kapsyen lucu yang ditulis pada setiap entri menarik perhatian pengikutnya di Instagram.

Lebih-lebih lagi bila gambar dan video bersama kucing kesayangannya, Bujibu Champel dimuatnaik di IG. Ada sahaja idea yang kelakar dimuatnaik oleh Hairul dan Hanis apabila posting yang dikaitkan dengan kucing comel dan gebu itu.

Ramai sedia maklum , Hanis Zalikha sekarang sedang sarat mengand0ng anak kedua. Nampaknya tidak lama lagi Yusuf akan menjadi abang. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi Yusuf apabila adiknya lahir nanti. Mesti sangat-sangat teruja.

Menerusi akaun Instagram, Hairul berkongsi video ‘baby kicking’ Hanis. Apa yang menariknya, baby dalam perut Hanis seolah-olah tengah respon dengan apa yang dibicarakan oleh abangnya, Yusuf. Alahai comel je !!

” Baby dalam perut tu tengah cakap dgn abg @theyusufiskandar ke. Si gemok mana! cc @bujibuchempel .. “

” Abang Yusuf.. ” 

View this post on Instagram

Abang Yusuf 😂

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Yusuf yang comel. Antara komen-komen netizen :

” Ala nak jadi big brother dh dia. dulu tgok dia terkedek kedek jalan comel jee.. “

” Bujibu ok tak tu nak dapat adik baru.. “

” Comelnyaa ketawaaaaaaaa!!! Happynyaaa abNg yusuf nak dapat adik.. “

” Awh baby kicking.. “

” Sumpahhh aku senyum sorang2 tengok mende nihhhh.. “

” Suka @theyusufiskandar bila baby tend4ng tgn dia ya..! Tunggu baby keluar nt law4n gadoh2 plk ya yusuf.. “

” Rindu la yusuf time baby dulu . selalu repeat my little hero tu.. “

” Cutenya yusuf dh nk jadi abang dh dia. Xsbr nk tengok adik yusuf pulak hehe.. “

Namun begitu, komen isteri Achey Bocey iaitu Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali dengan panggilan Anne membuatkan netizen sebak.

Ramai sedia maklum, Achey dan Anne sudah lama berkahwin tetapi sampai sekarang masih belum ada rezeki untuk menimang anak sendiri. Pasangan ini telah mengambil seorang anak angkat perempuan yang diberi nama Tiara Zinnirah.

Sama-sama kita doakan Achey dan Anne dipermudahkan urusan untuk memiliki zuriat sendiri. Semoga Allah makbulkan doa Achey dan Anne selama ini.

Kepada Hanis Zalikha, semoga dipermudahkan urusan bersalin anak kedua nanti. Tak sabar rasanya nak tengok adik Yusuf. Mesti comel dan cerdik macam abang dia. Harap Bujibu ok lah yer menerima adik baru. Hehehe !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hairul Azreen, Yusuf Iskandar by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..