Gelagat Anak Dato’ Aliff Syukri, Yusoff Al Qardawi Jilat Tangan Neelofa Di MeleTOP Tarik Perhatian Ramai. Comelnya Yusoff !!

Anak bongsu kepada pengasas produk kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida ini turut tersenarai antara si cilik yang popular sepanjang tahun lalu. Tahun ini pula Yusoff dicalonkan dalam kategori Si Cilik MeleTOP dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019).

Sehingga kini Yusoff mempunyai seramai 467 ribu pengikut di Instagram. Wajahnya Yusoff Al Qardawi yang comel sering mendapat banyak likes dan perkongsian apabila gambarnya dimuatnaik di media sosial.

Menurut Datin Shahida sebelum ini, Yusoff  yang lahir pada 25 Jun 2018 ini sangat mudah untuk dijaga kerana tidak banyak karenah dan sangat menyenangkan.

Peminat sentiasa menantikan gambar-gambar, video-video dan update terbaru Yusoff yang diberi gelaran ‘budak seketul’ oleh Datin Shahida ini dimuatnaik di akaun Instagram.

Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dan Yusoff diundang menjadi tetamu di MeleTOP sempena Yusoff dicalonkan di Anugerah MeleTOP Era 2019. Sepanjang temubual, Yusoff duduk di riba Neelofa. Alahai comel dan baik sangat si Yusoff ni.

Haqiem Rusli yang tercalon dalam 2 kategori iaitu Lagu MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP AME 2019 juga turut ditemubual di segmen yang sama.

Apa yang menariknya, Yusoff sangat tertarik dengan tangan Neelofa sehingga ada satu ketika Yusoff menjilat tangan Neelofa. Budak kecil biasalah macam itu kan ? Mungkin Yusoff ingat tangan Neelofa macam gula-gula kut. Hehehe. Tapi serius comel !!

Part yang Dato’ Aliff bercerita sanggup buat anak dia menangis tu kelakar. Nasiblah Yusoff dapat ayah kuat menyakat. Dato’ Aliff turut berkongsi video di akaun Instagram miliknya :

” Setuju tak yusof mcm muka saya ??? siapa setuju komen d bawah. Siapa x setuju lena wajib setuju mcm @neelofa dan @nabilzira setuju.. “

” Wah terlejut saya @yusoffalqardawi_terlajaklaris kecik2 dah keluar meletup… abah ni dah tua bangka baru merasa keluar TV.. ”

” Elok diam pula dia mentanglah kena pgg dgn @neelofa …… amboi….. korang semua jgn lupa ya undi yusoff mana tau rezki yusof boleh memang…. yg dah undi terima kasih byk2 kami hargai sgt.. “

Rata-rata netizen ger4m dengan kecomelan Yusoff. Antara komen-komen netizen :

” Comelnya yusof… x bnyk karenah… semoga menjadi anak yg berjaya dunia akhirat.. “

” Baiknyaa yusuf… diam je lofa pgg… cam anak patung.. “

” Budak kalau tak nangis diriba orang asing.. maksudnya orang itu baik.. “

” Yusuf mesti menang punya.. Baby paling meletop tahun ni.. Bukan setakat comel, cute, montel, encom, semualah yusuf ambik.. “

” Tgk yusoff dlm tv td.. Masya Allah mata dia cntik sgt.. Baik je bila neelofa pegang… “

Alahai Yusoff, kenapa comel sangat ni ? Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusoff membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh yang taat kepada suruhan Allah, Rasulullah, Agama dan juga kedua ibu bapa. Amin..

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri, Youtube MeleTOP / Article by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..