Gelagat Aafiyah Berdoa Selepas Berjoget Bila Pengasuh Menyanyi, Mencuit Hati Ramai.

Ramai Puji Suara Pengasuh Aafiyah Merdu. Sudahlah Cantik Orangnya !!

Siapa yang tidak kenal si cilik yang comel Siti Aafiyah Khalid yang merupakan anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Anak kecil ini mempunyai ramai peminat dan pengikut di akaun Instagram. Walaupun Aafiyah tidak mempunyai akaun Instagram atas namanya sendiri, tetapi Dato’ Siti sering berkongsi gambar-gambar dan video-video anak kesayangannya itu di akaun Instagram miliknya.

Aksi dan gelagat comel Aafiyah yang lahir pada 19 Mac 2018 ini menarik perhatian ramai khususnya peminat-peminat yang sentiasa menantikan gambar-gambar, video-video dan update terbaru mengenainya di Instagram.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti berkongsi video anaknya, Aafiyah sedang bergoyang atau menari apabila mendengan pengasuh atau penjaganya yang dipanggil kakak oleh Aafiyah menyanyi. Bukan main lagi Aafiyah yer layan lagu yer, bergoyang ke kiri ke kanan ikut irama. Alahai comelnya !!

Apa yang paling menarik, selepas minta kakak menyanyi, boleh pula Aafiyah tadah tangan nak minta doa. Alahai anak solehah ini, sudahlah comel, bijak pula tu.

Apa-apa pun suara kakak merdu sangat, sudah boleh berduet dengan ibu lepas ni kan Aafiyah. Sudahlah cantik orangnya, memang ada pekej lengkap.

Jom tonton video di bawah :

” Buat hiburan semua followers ibu di hujung minggu .. lepas nyanyi aafiyah minta doa ye.. #kakakpasnibolehjadipenyanyi #aafiyahgoyangmacamnakreban.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat Aafiyah dan memuji suara kakak yang menjaga Aafiyah. Antara komen-komen peminat :

” Ger4mlah kat Aafiyah ni. Nak peluk cium2 dia kalau boleh.. “

” Jernihnya muka budak bijak ni. Ya Allah comelnya Aafiyah ! “‘

” Kakak boleh duet dgn ibu @ctdk.. “

” Hahaha awattt Aafiyah comel sgt ni.. “

” Comey nye awakkk…. geram tgk… “

” Alahaii dak tecit ni. ger4m tgk.. “

” Kemain lg dia goyang. Ewahhhh dia yer.. “

” Comelnyaa.. suara kakak pun sedap.. “

” Xboleh cari makanlah ibu aafiyah pasnie.. “

Di bawah adalah beberapa gambar Aafiyah bersama kakaknya :

Alahai Aafiyah, tak pernah tak comel tau. Ada sa ja gelagatnya yang mencuit hati ramai peminat. Bila sudah jadi anak selebriti terkenal, maka tempiasnya turut menjadikan Aafiyah juga terkenal dan disayangi ramai.

Kami di Berita Kopak mendoakan Aafiyah membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia serta akhirat. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza, by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..