” Gel1 hati tengok tukang urut ini dua orang.. ” – Netizen

Video Anak-Anak Lelaki Nourul Depp Tolong Urut Badannya Buat Ramai Yang Terhibur. Kes1an Nourul, Dah Macam Tepung Kena Uli Dibuatnya. Hahaha !!

Penyanyi Nourul sering berkongsi pelbagai video mengenai tentang kehidupan hariannya buat tontonan ramai. Malah rutin hariannya turut menjadi perhatian ramai warganet. Tidak lokek berkongsi pelbagai tips untuk kehidupan sihat, Nourul sering mendapat pujian ramai.

Selain itu, Nourul juga dilihat sering berkongsi tentang keluarga mertuanya yang berasal dari Paris. Seronok melihat keluarga Nourul begitu bahagia meskipun berlainan agama dan budaya. Nourul yang telah mendirikan rumah tangga bersama  Eric telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Selain itu, Nourul turut mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

Mempunyai peminatnya yang tersendiri, perkongsian video di akaun Instagram, turut mendapat puluhan ribu yang tidak jemu menonton pelbagai video yang menarik dikongsikan oleh Nourul. Ada sahaja video yang sangat menghiburkan mengenai keluarganya buat ramai yang ternanti-nantikan video seterusnya.

Terkini, Nourul telah berkongsi satu video yang memaparkan gelag4t kedua anak lelakinya yang bersama-sama membantu Nourul mengurut badan. Nourul yang tampil tanpa secalit make up masih kelihatan cantik dalam video tersebut dan paling menghiburkan, kedua-kedua anak Nourul itu bersungguh-sunguh membantu ibu mereka yang keletihan.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Rata-rata netizen turut terhibur melihat perkongsian video oleh Nourul itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Haha adoii gel1 hati tengok tukang urut ni 2 orang  pening Mak dia kena.. “

” Sesungguh yer kita senasib. Tukang urut saya pn 2 boys 1 girl.. “

” Hahaha dh mcm dia uli tepung … Dh mcm nk buat capati dia buat mama dia hahaha.. “

” Lawak betui aiihh…. Lagi sak1t.. Depa pakai hentam ja urut.. “

” Lawak betul Nurul, terhibur.. “

” Terbaik kakak Nourul Depp ada dua tukang urut yg terbaikk dan cute pulk tu..”

Kelakar betul lah tengok anak-anak tolong urutkan Nourul. Bersungguh-sungguh betul sampai senget kepala dibuat. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Nourul sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta, dan semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh buat Nourul. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nourul Depp

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..