Gambar Sekitar Majlis Hari Lahir Kikim, Anak Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Yang Meriah !!

Gambar Mesra Memey Dan Abby Abadi Buat Ramai Terharu !!

Nama pasangan selebriti Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza tidak perlu diperkenalkan lagi. Norman dan Memey sangat aktif di media sosial dan berkongsi mengenai aktiviti harian serta perniagaan mereka.

Ramai sedia maklum sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan pelakon Gerak Khas, Abby Abadi. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marisa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim

Namun jodoh mereka tidak berkekalan dan akhirnya mereka berpisah. Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan sebagai suami isteri, tetapi kebajikan anak-anak saling diambil berat oleh mereka dan hubungan silaturrahim antara keluarga Norman dan juga Abby sangat erat.

Kini masing-masing sudah berkahwin lain dan bahagia dengan pilihan mereka. Norman Hakim kini bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza dan anak-anak.

Melalui perkahwinan dengan Memey, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Abby Abadi juga kini sedang bahagia bersama suaminya, Muhammad Faizal dan mereka telah mengambil dua orang anak angkat sebagai penambah seri dalam keluarga mereka iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

Menerusi akaun Instagram, Memey berkongsi beberapa gambar sekitar sambutan hari lahir anaknya yang kedua iaitu Muhammad Dikhriz Hakim atau lebih mesra dengan panggilan Kikim. Pada tahun ini umur Kikim genap 4 tahun dan sambutan diadakan di Kidzooona Aeon AU2 Setiawangsa.

Majlis sangat meriah dengan dihadiri oleh keluarga Abby Abadi dan juga beberapa rakan artis yang lain seperti Datin Rebecca Nur Islam dan Lana Nodin. Rata-rata ramai yang kagum dan terharu dengan hubungan mesra Memey dan juga Abby Abadi.

Jom baca perkongsian Memey di bawah :

” Majlis Ulangtahun Kelahiran Muhammad Dikhriz Hakim Yang Ke-4 #KikimTurns4 #AriszTurns4.. “

اَللَّهُمَّ امْلَأْ قُلُوْبَ أَوْلَادِنَا نُوْرًا وَحِكْمَةً وَأَهْلِهِمْ لِقَبُوْلِ نِعْمَةٍ وَاَصْلِحْهُمْ وَاَصْلِحْ بِهِمُ الْأُمَّةَ

” Allaahummam-la’ quluuba aulaadinaa nuuron wa hik-matan wa ahlihim liqobuuli ni’matin wa ashlih-hum wa ashlih bihimul ummah.. “

” Ertinya : Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya dan hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang pantas menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan perbaiki pula umat ini melalui mereka.. “

” Venue : @mollyfantasymalaysia ( #Kidzooona Aeon AU2 Setiawangsa), Live Update : @tinywinyphotography.. “

View this post on Instagram

Majlis Ulangtahun Kelahiran Muhammad Dikhriz Hakim Yang Ke-4 #KikimTurns4 #AriszTurns4 . . ‎اَللَّهُمَّ امْلَأْ قُلُوْبَ أَوْلَادِنَا نُوْرًا وَحِكْمَةً وَأَهْلِهِمْ لِقَبُوْلِ نِعْمَةٍ وَاَصْلِحْهُمْ وَاَصْلِحْ بِهِمُ الْأُمَّةَ . Allaahummam-la’ quluuba aulaadinaa nuuron wa hik-matan wa ahlihim liqobuuli ni’matin wa ashlih-hum wa ashlih bihimul ummah . Ertinya:Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya dan hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang pantas menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan perbaiki pula umat ini melalui mereka . . Venue : @mollyfantasymalaysia ( #Kidzooona Aeon AU2 Setiawangsa) Live Update : @tinywinyphotography

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Di sini kami kongsikan dengan anda beberapa gambar sekitar Majlis Hari Lahir Kikim yang dikongsikan di akaun Instagram Memey :

Rata-rata peminat mengucapkan selamat hari lahir dan menitipkan doa buat Kikim. Antara komen-komen peminat :

” Mama mami pakai baju sama, alah alah sweetnya family ni, moga bahagia kekal sampai syurga semuaaaa… selamat hari lahir kikimm.. “

” Happy birthday kikim..semoga jadi anak yg soleh dan cemerlang.. “

” Happy birthday kikim. may Allah bless you and protect you always. good luck dunia akhirat.. “

” Happy bday muhammad dikhriz hakim… Smoga jdi anak yg soleh ya.. “

” Selamat hari ulangtahun kikim… moga jd ank yg soleh… berjaya dunia & akhirat .. “

” Wahhh banyak nyerr hadiah dia, seronok kikim. happy befday sayang.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir yang ke 4 buat Kikim yang comel dan selalu tersenyum. Semoga menjadi anak yang soleh, taat kepada suruhan Allah, Rasulullah, Agama dan ibu bapa. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..