Gambar Lelaki Kacak Yang Bergaya Dengan Buah Durian Ini Telah Menjadi Viral Di Media Sosial Dan Menarik Perhatian Ramai Netizen

Di Asia Tenggara, durian amat-amatlah digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira dari golongan mana pun. Baunya yang begitu kuat pada hidung sememangnya adalh trademark tersendiri bagi buah yang dikenali sebagai raja segala buah tu.

Bagaimanapun ada sesetengah orang yang tidak menggemari bau buah ini lebih-lebih lagi dengan orang-orang barat. Mereka seboleh-bolehnya akan menjauhi apabila terhidu dengan bau buah ini yang biasanya aromanya dapat dikenali. Ini kerana bau ini tidak biasa pada hidung mereka dan lidah mereka tidak pernah menjamahnya membuatkan mereka menganggapnya bau yang bus0k.

Bagaimanapun dipetik dari laman w0rld 0f buzz, menunjukkan sebuah akaun Instagram yang menampilkan gambar lelaki-lelaki tampan bergaya dengan buah durian. Lelaki itu dikatakan sangat menggemari raja buah ini, dia selalu mengambil gambar dengan durian sambil bergaya ala model.

Akaun Instagram tersebut telah mendapat perhatian dari para netizen terutamanya wanita dan gadis yang tertarik dengan gaya lelaki-lelaki tampan itu bergambar bersama buah durian. Walaupun akaun Instagram itu baru di buat pada bulan mac lalu tetapi ianya telah melebihi 1000 followers.

Di bawah ini kami kongsikan gambar-gambar tersebut yang diambil dari Instagram h0tdudeswithdurian, yang menunjukkan gambar lelaki-lelaki tampan tersebut bergaya bersama buah durian.

Mungkin kepan4san selepas memakan banyak durian, jadi orang kata kena minum air yang diletakkan dalam ruas durian


Sumber : Instagram h0tdudeswithdurian

Artis dari Thailand, Alek Teeradetch juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama raja buah ini


Sumber : Instagram h0tdudeswithdurian

Model terkenal yang bernama Jordan Yeoh ini juga menggemari buah durian. Kalau jejaka yang begini menjual durian tentu ramai gadis yang datang kan


Sumber : Instagram h0tdudeswithdurian

Anda mahu cuba buah durian ini, nanti saya buka. Mungkin begitulah kata-kata dari pemuda ini


Sumber : Instagram h0tdudeswithdurian

Artis muda Thailand bernama Stingto ini juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar penuh gaya bersama buah durian


Sumber : Instagram h0tdudeswithdurian

Lelaki kacak dan berbadan sasa ini mungkin peminat durian sejati. Lihat biji buah durian yang dibawanya


Sumber : Instagram h0tdudeswithdurian

Itulah penangan buah durian yang digemari oleh ramai orang lebih-lebih lagi di Asia Tenggara. Lihatlah jika musim durian pasti kita akn menjumpai penjual-penjual durian di merata-rata tempat. Apa kata anda mengambil gambar bersama durian dan memuatnaik di media sosial, tengok boleh pergi tak…

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya

Disediakan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : W0rld 0f Buzz / h0tdudeswithdurian