Gambar-Gambar Sekitar Majlis Persandingan Fasha Sandha & Aidil Aziz. Cantiknya Fasha, Macam Puteri Raja !!

Setelah berteka-teki mengenai tarikh sebenar pernikahan pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha dengan pelakon Aidil Aziz, akhirnya pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal disatukan pada penghujung Mac. Tidak mendedahkan tarikh sebenar yang lebih spesifik, akhirnya merpati dua sejoli itu melengkapkan perjalanan cinta mereka di jenjang pelamin pada hari ini.

Pasangan selebriti ini difahamkan bernikah di Masjid di kampung halaman Fasha di Perlis pagi tadi. Majlis resepsi di sebelah keluarga Aidil dikatakan bakal berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan pada bulan hadapan.

Kepada yang masih belum menonton video dan gambar semasa akad nikah Fasha dan Aidil, boleh klik link di bawah :

Video & Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Fasha Sandha Dan Aidil Aziz. Sama Cantik, Sama Padan. Tahniah !!

Menerusi akaun Facebook TV3 Malaysia, gambar-gambar sekitar Majlis Persandingan Fasha dan Aidil dikongsikan. Apa yang menariknya gambar-gambar ini diambil oleh telefon pintar Huawei p30.

Cantiknya Fasha, berseri-seri wajahnya, bagaikan puteri raja. Sama cantik , sama padan. Apa-apapun kami di Berita Kopak sekali lagi ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Fasha Sandha dan Aidil.

Semoga pasangan pengantin ini dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah hingga akhir hayat sebagai jambatan mencapai redha Allah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : FB Tv3 Malaysia, IG Fasha Sandha / Article by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..