Gambar Anak Comel Yang Dikongsi Oleh Yana Samsudin Menyentuh Hati Netizen..

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan juga sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar.” (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang mal4ng ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

BUKAN semua pasangan yang berkahwin dikurniakan zuriat. Selain ia adalah amanah Allah, anak-anak juga adalah kurnia paling berharga selepas Iman dan Islam. Anak adalah antara faktor yang mendekatkan diri kita kepada Allah dan Rahmat-Nya.

Ini sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Anak juga adalah terhasil daripada rasa kasih dan cinta melalui hubungan suami isteri yang disebut dalam Al-Quran sebagai perhiasan di dunia ini.

Menerusi akaun instagram, pelakon Yana Samsudin berkongsi gambar kepayahan ibu bapa dalam mencari rezeki untuk membesarkan anak. Gambar ini membuatkan ramai yang tersentuh melihatnya. Inilah perng0rbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya.

Baca perkongsian Yana di bawah :

” Kasih ibu bapa.. Semoga anak ini membesar berjaya dunia akhirat… “

Rata-rata netizen terharu dengan apa yang ibu ini lakukan. Antara komen-komen netizen :

” Sekurang kurangnya dia jaga sendiri anak dia… Tu seronok bekerja sendri dari makan gaji.. Dah rasa Happy tgk anak depan mata…. semoga dmurahkan rezeki family nie… Aminnnn…. “

” Ameen.. smoga anak ini mnjadi sorang anak yg taat pda ibu bpa dia “

” Semoga bhgia awak sekecil wlpon bgini khudpn nye.. moga ada cahaya y menerangi hidup awak skuarga.. aamin..”

” Haih aku tgk pic ni mengalir air mata moga mak ayah dia dimurahkan rezeki. Sedihnya ingt kita ssh tp ada lg ssh dr kita jadi bersyukur la..  ”

” Kesusahan mengajar kita erti kehidupan yg lebih indah , betulkan saya kalau silap.. “

 ” Mcm ni la aku 28 tahun lepas. mak ayah aku meniaga pasar tani. aku masa tu umur setahun. mak ayah bawak g niaga. tido bawah meja. ayah lapik tikar. tido dlm kreta. masa ayah dah mampu beli kreta….. smpai lah aku pun pandai meniaga tlg mak ayah… hihi…. seronokkk…. kenangannn…. 23 tahun jgk la mak ayah meniaga kat pasar tani.. ” 

Terima kasih Yana atas perkongsian ini. Semoga urusan ibu atau ayah anak ini dipermudahkan dan anak ini sentiasa dalam jagaan Allah SWT. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yana Samsudin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..