Gadis Ini Terpaut Dengan Seorang Jejaka Misteri Yang Duduk Disebelahnya Semasa Penerbangan.

Dia Cuba Mencari Jejaka Tersebut Dengan Memuatnaik Kisahnya Itu Di Faceb00k

Mengenali seseorang yang membuatkan hati terpaut sememangnya adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Tidak kira mengenali atau bertemu dengan seseorang yang membuatkan hati tertawan pasti akan membuatkan seseorang itu berusaha untuk mengenalinya lebih rapat.

Begitu juga dengan seorang mahasiswi yang berasal dari Filipina yang bernama Jamaica Alfiler ini. Gadis yang berusia 21 tahun ini telah jat0h cinta dengan seorang jejaka mister1 yang duduk bersebelahan dengannya semasa penerbangannya dari Frankfurt ke Seattle yang mengambil masa selama 10 jam.

Seperti dipetik dari laman Nextshark, Ahad (7/4/2019), Alfiler bertemu dengan jejaka itu semasa penerbangannya ke Seattle selepas dia bercuti selama enam harı di Portugal. Semasa dia sampai di kerusi kapal terbangnya, mereka sama-sama tersenyum  dan jejaka itu telah membantunya mengangkat beg dan meletakkannya di bahagian beg.

(Jomaica Alfiler/facebook)

“Saya membawa beg kecil yang perlu diletakkan di atas tempat beg. Dia menawarkan diri untuk menolong saya, tetapi saya men0laknya dan berusaha untuk melakukannya sendiri kerana saya wanita yang berdikari. Akhirnya dia telah membantu saya, kerana saya terlalu rendah untuk mencapainya,” kata mahasiswi jurusan perniagaan itu.

Selama penerbangan itu, dia tertidur selama beberapa jam, lalu apabila dia terjaga mereka berdua pun berbual sekejap. Jejaka tersebut juga telah bertanya kepadanya, apakah dia kesejukan dan menawarkan selimut miliknya.

“Saya juga sengaja tidak menggunakan headphone saya ketika menonton filem dan hanya melihat subtitle sahaja dengan harapan dia akan bercakap dengan saya, tetapi dia tidak melakukannya. Mungkin dia seorang pemalu,” katanya.

(Jomaica Alfiler/facebook)

Bagaimanapun selepas sampai ke tujuan, Alfiler lupa untuk mendapatkan nama dan nombor telefonnya tetapi dia masih ingat paras dan fizikal jejaka mister1 tersebut.

“Adakah dia seorang mahasiswa? Saya fikir dia mempunyai sedikit loghat, mungkin orang inggeris kerana dia selalu berbual di telefonnya,” tambah Alfiler lagi.

Alfiler melihat jejaka tersebut adalah seorang yang kacak dan bersih, mempunyai rambut berwarna hitam dan pada fikirannya jejaka tersebut mungkin berusia lebih kurang dalam 20-an.
Saya yakin pada masa itu dia memakai kasut Adidas NMD hitam akelabu, dengan kemeja oren dan berseluar jean.

Terdesak untuk mengetahui gerangan jejaka mister1 itu, Alfiler pun menuliskan email kepada syarikat penerbangan Lufthansa selepas turun dari penerbangan itu.

Hi, i was traveling from Frankfurt to Seattle and i sat right next to a lovely gentleman on the plane but i forgot to…

Posted by Jomaica Alfiler on Wednesday, March 27, 2019

“Hai Lufthansa, saya berada di dalam kapal terbang LH490 hari ini dari Frankfurt ke Seattle. Saya duduk di sebelah tingkap dan ada seorang pemuda duduk tepat di samping saya di lor0ng 43B. Dia sangat baik kepada saya dan dia membantu saya dengan mengangkat barang saya.

Kami duduk bersebelahan dalam penerbangan selama 10 jam penuh, tetapi saya tidak mendapatkan nama lengkap dan nombot telefonnya. Inilah sebab mengapa saya menghubungi anda kerana saya tidak berhenti memikirkannya semenjak kapal terbang mendarat.

Tolong dengarkan saya. Saya tidak tahu bila saya akan melihatnya lagi atau apakah saya sudah tiada peluang lagi?” , Begitulah email yang ditulis Alfier.

(Jomaica Alfiler/facebook)

Bagaimnapun oleh kerana setiap penumpang tertakluk kepada undang-undang perlindungan data peribadi, syarikat penerbangan itu tidak dapat memberikannya kepada Alfiler.

“Kami ingin membantu anda, tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana perlindungan data. Tetapi, kami berharap kisah ini memiliki pengakhiran yang bahagia,” . Begitulah balasan yang diberikan syarikat penerbangan itu untuk Alfier.

Alfiler pun berkongsi kisahnya tersebut melalui akaun Facebook miliknya. Kisah tersebut telah mendapat perhatian netizen dan menjadi viral. Ramai yang berharap semoga Alfiler dapat menemui jejaka mister1 itu dan dapat mengakhiri kisahnya itu dengan bahagia.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Jomaica Alfiler/facebook