” Fulamak, menangis saya tengok video ni.. “

Video Kompilasi Pre-Wedding, Malam Berinai, Majlis Pernikahan Dan Persandingan Dato’ Eizlan Yusof Dan Datin Natasha Rose Yang Begitu Romantik. Wah, Bersemut Habis !!

Sepanjang minggu ini kisah pelakon, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan isterinya Natasha Rosa Boudville banyak dikongsi di media-media sosial. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada 12 Disember lalu. Majlis akad nikah mereka berlangsung di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya.

Dengan sekali lafaz sahaja, Natasha sah menjadi suri hati kepada Eizlan. Natasha telah menerima mas kahwin sejumlah RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran sebanyak RM12,121.90. Majlis persandingan pasangan ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh istiadat.

Natasha berusia 29 tahun merupakan wanita berketurunan Serani dan telah memeluk islam pada Ogos tahun lalu. Eizlan merupakan seorang duda yang mempunyai tiga orang anak melalui perkahwinannya yang terdahulu bersama Vie Shanti Khan iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zalia.

Menerusi akaun Instagram, Natasha berkongsi kompilasi videonya bersama suaminya, Eizlan bermula dari prewedding, malam berinai, majlis pernikahan dan majlis persandingan. Video yang berdurasi selama 10 minit ini begitu romatik sekali. Terserlah kebahagiaan antara mereka.

Jom tonton video di bawah :

”  I remember every feeling & everything that happened during these days.. Our family & friends that were there with us throughout each day, blessing us with their presence & love.. “

Rata-rata netizen gembira melihat kebahagiaan pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” Serius lah. Banyak kali tgk video ni senyum sendiri.. “

” Love sgt video ni.. Cantik sgt2.. “

” Congrats . Happy for both of you.. “

” Fulamak, menang1s saya tgk video ni. Kulihat bahagia. May Allah shower ur marriage with love, rezeki and kindness and happiness. May Allah bless both of you with ur little one very soon. “

” Congratulation Dato and Datin.. “

” Its brought tears to my eyes.. Tears of happiness. Again congratulation to u.. “

Wah, sememangnya sweet sangat video tersebut. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga perkahwinan Eizlan Yusof kali ini berkekalan hingga akhir hayat dan sehingga ke jannah. Tahniah diucapkan dan semoga cepat menimang cahaya mata. Semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Natasha Rose by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..