” Fuhhh… Semua dia cover. Mau Pak Azad yang menang AJL malam ni.. “

Video Pak Azad Menyanyi Cover Lagu-Lagu Yang Bakal Dipertandingkan Dalam Anugerah Juara Lagu 34 Buat Ramai Ketawa. Wah, Part Tarik Suara Macam Ernie Zakri Tu Hebat La !!

Anugerah Juara Lagu atau AJL merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik sepanjang tahun untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan. Rancangan ini sudah bertahan selama 34 tahun.

Anugerah Juara Lagu diperkenalkan pada tahun 1986 dan telah berjaya menambat hati ramai penonton bertahun-tahun lamanya. Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 merupakan perintis kepada rancangan Muzik Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad, 2 Mac 1986 pukul 8.30 malam.

Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik-Muzik itulah yang akan dibawa dan disaringkan ke peringkat seterusnya. Rancangan ini pernah menjemput juri-juri profesional tempatan dan antarabangsa untuk mengadili pertandingan akhir. Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis.

Menerusi akaun Instagram, Pak Azad berkongsi videonya menyanyikan cover lagu-lagu yang bakal dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu 34 yang bersiaran pada malam ini. Beliau menyanyikan lagu Aina Abdul dan Ernie Zakri buat ramai terhibur.

Jom tonton video di bawah :

” Agak agak siapa yang akan dinobatkan sebagai juara #AJL34 ? Adakah @erniezakri dengan lagunya Ku Bersuara ciptaan @syamel_official atau Sumpah nyanyian dan ciptaan @ainaabdul ? Kalau nak tahu jawapannya, jangan lupa saksikan #AJL34 pada malam ini ! “

” Sebelum itu, terimalah short cover daripada saya.. “

Rata-rata netizen terhibur mendengar Pak Azad menyanyi. Antara komen-komen mereka :

” Fuhhh… Semua dia cover… Mau pak azad yg menang #AJL mlm ni…  “

” Hahaa.. klako azad ni.. “

” Hang buat Hal noh.. “

” Amboiiii… “

Wah, sempat lagi Pak Azad buat cover lagu sementara tunggu untuk penggambaran. Tak sah kalau tak buat kelakar. Pastinya ramai tidak sabar menantikan Anugerah Juara Lagu pada malam ini. Ramai yang berteka-teki siapakah bakal juara. Sama-sama kita saksikan…

Silakan SHARE..

Sumber : IG Pak Azad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..