” Fuhhh, dia punya vibes macam konsert.. ” – Netizen
Video Tomok Bermain Alat Muzik Bersama Anak-Anak Raih Perhatian Ramai. Wah Ada Bakat Lah Arrian Dan Andra, Boleh Buat Band Anak-Beran4k Ni !!:
Baru-baru ini Tomok ada memuatnaik sebuah video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan gelagat anak-anaknya bermain muzik bersama Tomok. Arrian dan Andra merupakan dua orang anak lelaki Tomok yang nampaknya amat meminati bidang muzik.
Arrian bermain dengan gitar elektrik manakala Andra pula menari-nari dan kemudiannya membawa tamborin. Andra nampak begitu bertenaga dan boleh mengikut rentak muzik apabila Andra bermain dengan tamborin.
Nampaknya keluarga ini boleh mewujudkan band anak -ber4nak kerana masing-masing mempunyai bakat tersendiri. Jika bapanya sememangnya meminati bidang muzik, tidak mustahil anak-anak ada juga yang mengikut jejak si bapa.
Video yang berdurasi beberapa saat ini telah menerima lebih daripada 24 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Ada yang menantikan ‘band’ ini mula menyanyi namun agak mengecew4kan kerana mereka hanya bermain alat muzik sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat anak kedua Tomok yang begitu bertenaga. Antara komen-komen yang diberikan :
” Gempaklah band ni.. Klu band ni buat concert confirm saya datang.. Fuhhh dia nyer vibes, Mcm konsert .. Hebat la anak beran4k ni.. “
” Ger4m tengok yang adik tu kemain energetic lagi dia.. best kan tomok.. bila ada anak lelaki ni kan boleh la juga, buat team by family kan.. “
” Ya Allah talented.. beza energy dua beradik ni.. Wahhh boleh nyanyi lagu .. aku bukan la cicak man.. si adik tu kemainn.. “
” Wah bestny… jarang ada ni ayah Dan anak buah band.. Hebat showmanship frontman band ni .. Saya lock yg gitar hijauu.. “
” Gigih tunggu bila vokal nak masuk.. Bukan main ekkkk.. bila suruh buat homework semua lemau.. Lama nya intro tertunggu bila nak masuk hahahahah.. “
” Bang. Kalau nak guna vocalist untuk band ni roger2 eh. Nampak meriah sangat tu.. Betoi la oqang kata anak nombot dua nih len maciamm sikit pi diaa.. “
” Wooo ney hard metal … bahye lau buat konsert ney… Comeylaa ampa ank beran4k.. nasib dibu tak join skli.. “
Adalah amat menyeronokkan apabila anak-anak berkongsi minat yang sama dengan ibu atau bapa. Ibu bapa juga perlu menyokong minat anak-anak. Semoga Arrian dan Andra membesar menjadi anak yang berjaya. amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tomok
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..