Fizz Fairuz Buat Laporan Polis, Heret Makcik Pu4ka Ke Mahkamah Setelah Gagal Tampil Bersemuka Dengannya

Fizz Dakwa Pemilik IG Makcik Pu4ka Di Kalangan Penggiat Seni , 70 Peratus Kenal Siapa Individu Berkenaan !!

Baru-baru ini kecoh apabila pelakon Datuk Fizz Fairuz atau pemilik nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin dikatakan adalah Datuk yang ditangkap berkhalw4t di Terengganu. Walau bagaimanapun Fizz menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini.

Sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama Makcik Pu4ka didakwa terlibat memfitnah Fizz di laman Instagramnya. Pengendali akaun IG Makcik Pu4ka telahpun membuat permohonan maaf di InstaStory.

Namun begitu Fizz tidak menerima permohonan maaf tersebut dan meminta individu di sebalik akaun itu membuat permohanan maaf secara lisan dan bersemuka dengannya.

Setelah tempoh 24 jam diberikan kepada admin Makcik Pu4ka, nampaknya individu terbabit tidak tampil berdepan dengan Fizz malah tiada maklum balas daripada pihaknya.

Memetik laporan Berita Harian, Fizz mendakwa sudah mengenal pasti 70 peratus identiti pemilik akaun IG berkenaan dan mendakwa individu terbabit adalah dalam kalangan penggiat industri seni. Atas nasihat peguam, Fizz telah membuat laporan polis dan mengemukakan bukti yang kukuh untuk diambil tindakan.

Menerusi akaun Instagram, Fizz memuatnaik gambarnya memegang laporan polis yang telah dibuat pada hari ini. Baca perkongsian Fizz di bawah :

” Tiada noktah dah.. teruskan hasratku.. hope dpt kerjasama.. #samantetapsaman #tiadalagipeluangkedua.. “

Entri Fizz Fziruz sebelum ini :

” Jangan sesekali kita amik mudah atas sesuatu perkara, akan memakan diri tau.. jd apa yg kita aturkan ikut sahaja, utk kedua2 blah pihak.. cc  @fizzalmy @alanrazak #menegakkankebenaran.. “

Rata-rata ramai yang bersetuju dengan tindakan Fizz. Malah ramai dikalangan rakan artis yang turut menyokong Fizz membawa individu terbabit ke muka pengadilan. Antara komen-komen mereka :

” Terbaikk, moga jadi pengajaran kepada jari2 lain yg giat menaip tanpa usul periksa.. “

” Syabas berani kerna benar takut kerna salah kan Dato @fizzfairuzofficial.. “

” Dh nk kne sam4n trs ilang ig mak cik puaka dan adk2 nya.. “

” Semoga menjadi iktibar buat yg lain juga.. “

” Sy cuma nk tau siapa disebalik MP.. nk tau jgk.. artis ke org biasa.. “‘

” Hahaha, sembang kari lebih makcik pu4ka tu, sekali tukar nama, sekali hilang xdpt dikesan dh.. “

” Hahahaha akaun makcik pu4ka dah tutup yek wakakakka ingat dia hebat sgt keje dok fitn4h n jatuh kan org aje.. bgus @fizzfairuzofficial terus kan !! “

” Terbaekkk lah @fizzfairuzofficial baru depa tau langit tinggi rendah. ni baru mahkamah dunia blom mahkamah akhirat.. menjawab lah cari lah @fizzfairuzofficial mintak ampun.. “

Hasil carian kami, pada mulanya akaun Instagram Makcik Pu4ka telah tukar nama. Namun kini telah hilang dan tidak dapat dikesan. Semoga kita semua ambil ikhtibar dengan isu ini. Jangan sesekali memfitn4h orang kerana d0sa memf1tnah adalah lebih ter0k daripada membun0h. Wallaualam.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizz Fairuz, Berita Harian by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..