” First time dengar Datuk K berucap dan bertazkirah, seb4k terus menus0k ke hati.. ” – Netizen
Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Video Suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa Berucap Di Perasmian Wisma Mutyara. Ucapan Datuk K Memberi Inspirasi Dan Buat Ramai Tersentuh. Ayah Dan Idola Terbaik !!
Dato’ Siti Nurhaliza bukan nama yang asing dalam dunia hiburan tanahair. Perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Jiwa sudahpun dikurniakan seorang cahayamata bernama Siti Aafiyah. Peminat selalu memuji kemesraan dan sifat romantis Dato’ Siti dan Datuk K walaupun sudah lama berumahtangga.
Semalam telah berlangsungnya majlis perasmian bangunan Wisma Mutyara oleh anak Datuk K, Asyraf Khalid dan isterinya Tya Arifin. Pasangan ini juga antara anak menantu Datuk K yang selalu jadi perhatian ramai kerana kejayaan mereka dalam perniagaan.
Datuk K sememangnya sangat akrab dengan anak dan menantunya ini. Keluarga ini tidak pernah terlepas daripada berkumpul beramai-ramai dan mengadakan aktiviti bersama-sama. Bersempena hari bersejarah untuk Asyraf dan Tya ini, Datuk K juga menjadi tetamu VVIP mereka.
Meninjau akaun Instagram Dato’ Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan Datuk Seri Khalid Jiwa memberikan ucapan khas ketika perasmian ini. Belum pernah rasanya mendengar Datuk K berkongsi kisah hidupnya bersama anak-anak dan semalam semuanya dikongsikan sebagai pembakar semangat untuk semua yang hadir.
Jom tonton video di bawah :
Bukan mudah untuk melihat Datuk K memberi ucapan sebegini. Perkongsian yang banyak pengajaran dan buat ramai tersentuh. Ini menarik perhatian netizen dan antara komen-komen mereka :
” Terharu mendengar Datuk K. Semoga seluruh keluarga besar Datuk K diberi kesehatan umur yg panjang, dimurah kan rezeki nya.. “
” No wonder dct pilih dk.. they both trully in the same league dalam bidamg masing2.. “
” First time dgr Dato K berucap dan bertazkirah.. sebak rasa terharu terus menusuk ke hati.. ehh kenapa tetiba keluar ayaq mata ni.. “
” Bestnya perkongsian ni.. Dato k boleh jadi motivator tau, Ucapan org berjaya.. “
” Such an inspiring speech.. Pengisian yg begitu bermakna. Dengar banyak kali.. “
” Masya Allah, hebat datuk didik ank2.. 1st time dgr ucapan dato k, terus menusuk ke hati… tq dato k.. Terima kasih atas perkongsian.. “
” 1st time dengar suara dato K. So soft but firm. Bagus kata2 dato K.. Love it.. “
” 1st time dgr dato k berucap. I is seb4k dan taajjub.. “
Bagus cara dan didikan Datuk K terapkan pada anak-anaknya ini. Ucapan dan nasihat yang sangat berguna untuk diamalkan oleh semua orang. Siapapun kita, sekaya mana pun kita jangan dilupakan tanggungjawab terhadap Allah dan kedua ibubapa. Semoga Datuk K sekeluarga sentiasa berjaya dunia dan akhirat dan berbahagia selalu hendaknya. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk, IG Tya Arifin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..