” Fikir anak, fikirlah untuk masa depannya.. “
Ditegur Netizen Apabila Sharnaaz Ahmad Kongsi Video Bersama Anaknya, Jebat Jayden. Ini Respon Sharnaaz Yang Tidak Disangkakan..
Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia yang berbakat. Beliau mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 dalam drama bersiri Tari Tirana. Pada tahun 2010 pula beliau belakon dalam drama Dottie.
Biarpun bermula menerusi watak sampingan, nama Sharnaaz mula meniti di bibir peminat apabila pengarah Michael Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Kini beliau cukup dikenali dengan watak-watak antag0nis serta hero.
Beliau juga turut dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya. Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017. Namun kini rumah tangga mereka dilanda permasalahan yang membuatkan pasangan ini memilih tinggal berasingan.
Menerusi akaun Instagram, Sharnaaz berkongsi videonya dengan anak iaitu Jebat Jayden. Menurut Sharnaaz, kehadiran Jebat dalam hidupnya membuatkan dirinya banyak berubah. Beliau tidak akan meminta lebih lagi selain kesihatan dan kegembiraan Jebat. Itu sudah cukup baginya.
Tonton video di bawah
” You have change me alot my boy @jebatjayden .. i wont ask anything more in this life, your health and happiness dah cukup untuk ba.. ba syg cek @jebatjayden.. “
Rata-rata netizen ger4m dengan kecomelan Jebat. Antara komen-komen mereka :
” Apple dgn pipi dah sama kembung chek. Comey sngguh laa.. “
” Tak pernah tak comel, like father like son.. “
” Suke dgn shanaz niii.. nampak sgt kebapaan.. semoga baik2 utk shanaz n jebat ye.. “
” Usaha, tawakal, doa, smua dh buat akhir skali redha.. kuatkn smangat.. jebat.. anak yg comel, bijak.. insya Allah dia x kn pernah lupa peng0rbanan baba dia.. “
” Makin bulat da ni ceq oiii. Hahaha. Psni mkin byk akai la ceq.. Jnuh la ayah kna melayan. Hahaha.. “
” Comel nya wahai anak, hadiah paling berharga buat you @sharnaazahmad “
Namun ada yang menasihati Sharnaaz supaya memikirkan masa depan anaknya dengan merujuk supaya Sharnaaz berbaik semula dengan Nabilla :
Alahai, comel sangat Jebat. Maklumlah bapa handsome dan ibunya cantik semestilah Jebat mewarisi rupa paras ibu bapanya. Walau apa pun yang berlaku antara Sharnaaz dan Nabila, kita sebagai peminat doakan yang baik-baik sahaja buat mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..