” Fateh so bijak. Dengar macam paham je. Pas tu senyum-senyum dengar mak dia cakap.. “

Video Adam Corrie Mengajar Anaknya Adam Fateh Lee Bahasa C1na, Namun Reaksi Fateh Buat Peminat Kagum. Ya Allah Pandainya Fateh !!!

Siapa tidak kenal pelakon hebat, Adam Corrie. Lakonan hebatnya sentiasa menjadi sebutan peminat. Nama asalnya sebelum memeluk Islam Frankie Lee namun setelah berhijrah beliau menggunakan nama Adam Corrie Lee Abdullah.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini terkenal dengan watak antag0nis dalam filem lakonannya. Antara filem yang menaikkan nama Adam Corrie Evolusi KL Drift 2 dan KL G4ngster. Adam Corrie telahpun mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya bernama Fazima Fuad pada tahun 2008.

Setelah 10 tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya permintaan pasangan ini dimakbulkan Allah. Tanggal 11 Julai 2018 menjadi sejarah manis dengan kelahiran putera sulung mereka diberi nama Adam Fateh Lee. Fateh yang kini sudahpun berusia 2 tahun membesar menjadi anak yang cukup pandai dan bijak.

Menerusi akaun Instagram, Adam Corrie telah berkongsikan satu video di mana beliau sedang mengajar bahasa mandarin kepada anaknya Fateh. Apa yang melucukan aksi Fateh yang comel mengangguk-angguk kepala mendengar intonasi suara ibunya yang turut sama belajar. Seronok tengok keluarga kecil ini.

Jom tonton video di bawah :

” Bagi @adamfatehlee makan, sambil-sambil makan tu belajar cakap hokkien dan mandarin. Mak Fateh pon belajar sekali. Mak Fateh yang over belajar. Sebut nak berkungfu bunyinya.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Sooo cute smart boy.. Biar Fateh boleh cakap Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Mandarin Hokkien.. “

” Berkungfu eh .. Ni lucu. Macam saya la nk cakap jawa tapi bunyi dah macam cakap banjar.. “

” Fateh so bijak… Dengar macam paham je.. Pas tu senyum-senyum dengar mak dia cakap.. “

” Pandainya adam fateh. Siap baca doa.. “

” Comelnya fateh senyum, senyum tengok mak semangat belajar ea.. “

” Pandainya dia tadah tangannnnn…. Moga jadi anak soleh ye fateh.. “

Bahagianya melihat keluarga kecil Adam Corrie ini. Sekalipun Fateh madih kecil sudah dididik dengan adab sopan dan penerapan agama. Beruntung Fateh ada ayah yang begini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fateh akan sentiasa sihat dan membesar di bawah lindunganNya selalu. Aamin..

 

Untuk tontonan penuh sila klik di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adam Corrie, Youtube Channel Adam Corrie by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..