Fasha Sandha Kongsi Gambar Persandingan Bersama Keluarga Kedua Belah Pihak. Cantik & Berseri-Seri Pengantin Baru !!

Pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha dengan pelakon Aidil Aziz telah selamat diijabqabulkan pada hujung bulan Mac yang lalu. Fasha dan Aidil bernikah di Masjid di kampung halaman Fasha di Perlis. Majlis resepsi di sebelah keluarga Aidil telah diadakan semalam di Negeri Sembilan.

Untuk Majlis Persandingan di Negeri Sembilan, Fasha mengenakan busana baju kurung moden kontemporari lengkap dengan pelapik dada yang adaptasi dari busana tradisional negeri sembilan. Busana pengantin itu turut diserikan lagi dengan aksesori gandik dan cuc0k sanggul di kepala sebagai pelengkap gaya. Alahai cantiknya Fasha Sandha !!

Rata-rata ramai peminat yang memuji kecantikan Fasha yang bagaikan seperti seorang puteri raja. Aidil juga kelihatan sangat tampan dan berseri-seri menjadi raja sehari yang diraikan.

Menerusi akaun Instagram, Fasha berkongsi gambar sekitar Majlis Persandingannya di Rembau, Negeri Sembilan. Apa yang menarik sekali, Fasha turut memuatnaik gambar sedang membasuh periuk belanga selepas majlis, siap pakai ‘çrown’ lagi. Basuh periuk pun cantik !!

” Penuh dengan adat Istiadat, terima kasih buat keluarga Rombau. Pertama kali merasai pengalaman kampung dan diraikan dengan penuh kasih sayang.. ” 

” Terima kasih keluarga Rembau dan Keluarga Perlis tersayang.. ” 

Di bawah ini kami kongsikan beberapa gamabr sekitar Majlis Persanding Fasha dan Aidil di Negeri Sembilan yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya. Gambar-gambar diambil oleh CST Production.

Rata-rata peminat memuji Fasha Sandha kecantikan Fasha dan kesungguhan Fasha yang pandai menyesuaikan diri dengan keluarga baru. Antara komen-komen peminat :

” Cuci periuk pun cantik eh.. “

” Belum tentu pengantin skrg turun padang basuh periuk mcm awak.Salute kat awak dik.. “

” Sonok kan lps sanding basuh periuk belanga semua..pastu sapu sampah bersihkn laman semula…terimbau kenangan 5 tahun lps… “

” Tahniah @fashasandha & suami..sebagai insan yg pernah melalui perjalanan hidup yg sama, SEBAK tgk gmbr2 ni..bila masih ada lg yg sudi terima kita seadanya.. smoga rumhtgga yg dibina kekal hingga syurga.. “

” Wah.. tabik spring.. pengantin @fashasandha kena basuh periuk belanga…tradisi orang kampung nie… “

” Tahniah @fashasandha @itsaidilaziz muga kekal bahagia hingga ke syurga. Alhamdulillah kesabaranmu Allah hadirkan keluarga yg menyayangimu. Muga bahagia dalam kasih sayang kerana Allah… aamiin.. “

” Suke betol tgk keluarga fasha both side.. Fasha sandha dihargai oleh keluarga mentua .. Semoga kekal hingha ke jannah. Such a beautiful inside and outside.. “

Sekali lagi kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Fasha dan Aidil. Semoga berbahagia sampai ke syurga di samping anak-anak tersayang.

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..