Fasha Sandha Kongsi Gambar Honeymoon Dengan Aidil Aziz, Siap Bawa Keluarga Sekali Pergi Honeymoon !!

Pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha dengan pelakon Aidil Aziz telah selamat diijabqabulkan pada hujung bulan Mac yang lalu. Fasha dan Aidil bernikah di Masjid di kampung halaman Fasha di Perlis.

Majlis resepsi di sebelah keluarga Aidil telah diadakan minggu lalu di Negeri Sembilan. Fasha mengenakan busana baju kurung moden kontemporari lengkap dengan pelapik dada yang adaptasi dari busana tradisional negeri sembilan. Busana pengantin itu turut diserikan lagi dengan aksesori gandik dan cuc0k sanggul di kepala sebagai pelengkap gaya.

Pengantin baru ini juga turut diarak menaiki tandu dan majlis yang berlangsung sangat meriah dengan suasana kampung. Bergotong-royong beramai-ramai sebelum dan selepas majlis. Malah pengantin pun kena basuh periuk belanga selepas majlis selesai. Kan best macam ini !!

Setelah kedua-dua majlis selesai, Fasha dan Aidil membawa ahli keluarga mereka bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jika sebelum ini, mereka berdua berbulan madu di Langkawi selepas selesai majlis di Perlis, tapi kali ini mereka memilih untuk berbulan madu bersama-sama ahli keluarga pula.

Dengan cara ini, Fasha dan Aidil boleh saling mengenali dengan ahli keluarga masing-masing dan juga mengeratkan silaturahim sesama mereka. Ini juga mungkin merupakan ‘reward’ kepada ahli keluarga yang membantu mereka dan bertungkus-lumus menjayakan kedua-dua majlis sebelum ini.

Ramai yang memuji cara Fasha dan Aidil yang sangat mementingkan hubungan kekeluargaan. Keakraban mereka sekeluarga membuatkan ramai yang terharu. Ini keluarga mertua dan keluarga besar yang diidam-idamkan Fasha sebelum ini. Nampak terserlah kebahagiaan di muka Fasha.

Jom baca perkongsian Fasha di bawah :

” Siapa lagi sini seperti saya ?  Sepatutnya berdua je dengan suami, tiba2 tukar plan, Honeymoon bawak family.. “

” Sebab kami berdua mmg sejenis suka ramai2 dan suka masa dengan keluarga, jadi semua honeymoon sama2.. “

” Tempat ni adalah tempat yang terbaik untuk honeymoon / jalan2 dan tenangkan minda yang penat. . “

” Terima kasih Mr Simon dan seluruh team LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON. Tempat tinggal yang sangat selesa, makanan pun semua sedap2. Thank You!!! @lexishibiscus.. “

Antara komen-komen peminat :

” Haritu orang dok komen, ‘ ehh, apa main angkat2, tak kawin lagi’ ni hah, ambik, semua post siap dukung angkat peluk bagai .. Harap nitizen puas hati lah diorang dah kawin.. “

” Setuju sngt dgn cara Fasha… mmg org dulu2 honeymoon dgn bawa kenal semua saudara mara suami dan jg isteri… Ziarah adik beradik sama la jg… Semoga berbahagia hingga ke syurga.. “

” Suka tengok @fashasandha happy macam Ni. May the happiness b with u always, my dear.. “

” Meriah sgt2…happy to see you all so happy!!! This is real fasha we want! “

” Alhamdulillah.. Sungguh indah berkasih syg kerana Allah.. Happy Honeymoon Kak @fashasandha & @itsaidilaziz.. “

” Bahagianya…semoga hingga ke jannah.. hati akak yg berbunga bunga.. “

” Akak x pernah komen biasa like n baca sahaja… Tp kali ni Akak doakan @fashasandha n @itsaidilaziz Bahagia hingga hujung nyaw4… Dan Semoga kasih sayang kalian sentiasa mekar dan mekar hingga akhirnya… Inshaallah… “

Di bawah kami di Berita Kopak akan kongsikan lagi dengan anda beberapa gambar bulan madu Fasha dan Aidil bersama keluarga mereka yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram miliknya :

Kami di Berita Kopak mendoakan kebahagian buat Fasha dan Aidil. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hanyat bersama anak-anak dan keluarga yang tersayang. Amin..

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..