Fasha Sandha Kongsi Gambar Bersama Kedua Belah Keluarga Dan Pengapit Selepas Akad Nikah

Manjanya Jemyma Dengan Daddy Baru..

Setelah berteka-teki mengenai tarikh sebenar pernikahan pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha dengan pelakon Aidil Aziz, akhirnya pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal disatukan pada penghujung Mac. Tidak mendedahkan tarikh sebenar yang lebih spesifik, akhirnya merpati dua sejoli itu melengkapkan perjalanan cinta mereka di jenjang pelamin pada hari ini.

Pasangan selebriti ini difahamkan bernikah di Masjid di kampung halaman Fasha di Perlis pagi tadi. Majlis resepsi di sebelah keluarga Aidil dikatakan bakal berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan pada bulan hadapan.

Kepada yang masih belum menonton video dan gambar semasa akad nikah Fasha dan Aidil, boleh klik link di bawah :

Video & Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah Fasha Sandha Dan Aidil Aziz. Sama Cantik, Sama Padan. Tahniah !!

Menerusi akaun Instagram, Fasha berkongsi gambar penuh berdiri memakai busana pengantin yang ditempah khas daripada pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. Dilengkap dengan hijab di kepala, penampilan Fasha sangat cantik bagaikan seorang puteri.

” Dress by The one and only @rizmanruzaini, Make up by Dato @alhaalfa, Photo by @blackpepperproduction.. “

Anak Fasha, Putri Raysha Jemyma pun kelihatan sangat manja dengan Aidil. Di bawah adalah beberapa lagi gambar yang dikongsikan oleh Fasha di akaun Instagram miliknya :

Antara ucapan-ucapan peminat :

” Tahniah gal selamat pengantin @fashasandha @itsaidilaziz semoga bahagia hingga ke jannah amin.. “

” Bahagia nya di rasainya… selamat pgantin baru dan selamat mnempuh alam rmhtangga… Luv u.. “

” Tahniah fasha, jelas terbayang kegembiraanya, perkahwinan idaman dengan restu kedua ibubapa, diraikan bersama rakan taulan, semoga berkekalan hingga ke jannah mahligai yang dibina, aminnnn ya rabbal alaminn.. “

” Tahniahhh…semoga d berkati Allah dan kekal bahagia sehingga ke jannah… Sakinah mawaddah warrahmah.. “

” Alhamdulillah…. tahniah sis.. semoga berkekalan hingga ke jannah… “

” Cantiknua fasha. semoga diberi hidayah utk berhijab n bahagia dengan kehidupan sekarang.. “

Cantiknya Fasha, berseri-seri wajahnya. Apa-apapun kami di Berita Kopak sekali lagi ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Fasha Sandha dan Aidil. Semoga pasangan pengantin ini dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah hingga akhir hayat sebagai jambatan mencapai redha Allah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha / Article by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..