” Engkau selalu sebut ‘ Ustaz, kalau ada lagi forum, bagitahulah saya. Nak join lagi..’ “

Luahan Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tentang Abam Bocey Buat Netizen Sebak. Mulianya Hatimu Abam. Damailah Dikau Di Sana. Al-Fatihah !!

Tanggal 10 Februari membawa khabar duk4 buat seluruh peminat dunia seni hiburan. Kehilangan sebuah lagi permata berharga dikenali sebagai Abam Bocey benar-benar mengejutkan. Seawal pagi Isnin cuaca yang renyai-renyai seakan turut sama menangisi pemergian arw4h Abam.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Ridzuan dilahirkan pada tanggal 19 Januari 1988 di Gombak Selangor. Merupakan abang kepada pelawak Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan atau Ali Puteh. Abam dikenali menerusi kumpulan lawak Bocey sememangnya disayangi ramai kerana sikapnya yang peramah .

Tidak pernah menyombong diri dengan kejayaan dan kesenangan yang diperolehinya, Abam sentiasa menghiburkan semua orang di sekelilingnya. Abam telahpun menikahi Siti Norhidayah pada 8 Disember 2017 dan memperolehi seorang cahayamata lelaki diberi nama Syed Uthman Hamzah pada 14 Jun 2019.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Syed Mohd Norhisyam telah berkongsikan cerita tentang sikap arw4h Abam dan persahabatan mereka. Betapa terkesannya kehilangan sahabat yang amat baik dan berharga ini. Sikap yang merendahdiri dan tidak pernah ditonjolkan untuk mengelakkan dikatakan riak oleh netizen.

Jom baca kapsyen di bawah :

” Sahabat….. Engkau selalu sebut “Ustaz, kalau ada lagi forum… Bagitahulah saya… Nak join lagi…” Itu yang Abam selalu sebut kalau bercakap dengan beliau…. Kali pertama kami sepentas ketika berforum mula 11 malam di Foodcourt Uptown Damansara…. Kemudian beberapa kali lagi, di pentas forum….Seingat saya, di Bangi, Kota Bharu, Tv Hijrah…. Dan lain-lain…. “

” Sejak dari itu selalu berhubung terutamanya melalui wasapp…. Beliau bertanya soalan…. Sembang lawak beliau…. Jemput saya ke kenduri kawin…. Kemudian aqiqah baby…. Semoga @mrs_abam dikurniakan kesabaran di atas ujian ini…. Ramai yang mendoakan al-marhum… ”

” Ya Allah…. Kami bersaksi Abam seorang yang baik, suka gembirakan sahabat di sekeliling…. Dia sangat sayang pada ibu dan isterinya…. “‘

” Ampunikan sahabat kami ini… Rahmatilah dirinya…. Tempatkanlah dia bersama hamba-hambaMu yang soleh…. Terimalah segala kebaikan yang pernah dilakukannya sebagai bekalan buat dirinya di sana….. Aamiinn.. ”

View this post on Instagram

😭😭😭😭sahabat…..engkau selalu sebut “Ustaz, kalau ada lagi forum…bagitahulah saya…nak join lagi…” Itu yang Abam selalu sebut kalau bercakap dengan beliau…. Kali pertama kami sepentas ketika berforum mula 11 malam di Foodcourt Uptown Damansara….kemudian beberapa kali lagi, di pentas forum….seingat saya, di Bangi, Kota Bharu, Tv Hijrah….dll….sejak dari itu selalu berhubung terutamanya melalui wasapp….beliau bertanya soalan….sembang2 lawak beliau….jemput saya ke kenduri kawin….kemudian aqiqah baby 😭😭…. Semoga @mrs_abam dikurniakan kesabaran di atas ujian ini….ramai yang mendoakan al-marhum… Ya Allah….kami bersaksi Abam seorang yang baik, suka gembirakan sahabat2 di sekeliling….dia sangat sayang pada ibu dan isterinya….ampunikan sahabat kami ini…rahmatilah dirinya….tempatkanlah dia bersama hamba-hambaMu yang soleh….terimalah segala kebaikan yang pernah dilakukannya sebagai bekalan buat dirinya di sana…..aamiinn 😭😭

A post shared by Syed Mohd Norhisyam (@syednorhisyam) on

Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Alfatihah .. Aamiin.. “

” Innalilahiwainailahirojiun.. Semoga r0h arw4h abam di tempatkan bersama oramg beriman.. “

” Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rojiun.. Sungguh mengejutkan Ustaz.. Moga arw4h tenang di sana.. “

” Kita yang jauh dari dia pun terasa bagaikan kehilangan ahli keluarga. Ni kan pula orang terdekat dia. Dia insan yang baik. Ramai doakan dia… “

” Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.. Dan diberi ketabahan kepada isterinya.. “

Hanya kepadamu Ya Allah kami menadah tangan tempatkan lah arw4h dikalangan orang-orang beriman. Moga Allah jua berikan kekuatan buat isteri dan seisi keluarga. Kami di Berita Kopak mengucapkan salam takziah dan marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arw4h Abam.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syed Mohd Norhisyam, IG Abam Bocey by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..