” Emir ambil kesempatan, Mira malu-malu lagi tu tak biasa hehe.. ” – Netizen
Video Rakaman Tanpa Sengaja Aksi Nak4l Wan Emir Astar Di Majlis Resepsi Garden Wedding Mereka Buat Mira Tersipu Malu. Amboi Romantis Sangat !!
Majlis perkahwinan Mira Filzah sudahpun selesai namun bah4ngnya masih terasa dan masih hangat diperkatakan netizen sehingga ke hari ini. Bagi peminat setia Mira khasnya masih belum boleh move on dengan kecantikan dan kemeriahan majlis pelakon kesayangan mereka ini.
Ketika majlis resepsi terakhir Mira di A-Park Puchong Ahad yang lalu, Mira kelihatan anggun dalam busana berwarna baby blue. Rekaan yang unik, sopan namun berseluar itu menarik perhatian peminat. Emir juga tidak kurang manisnya nampak berbeza dalam persalinan birunya itu.
Berbagai kisah dan rahsia terb0ngkar tentang Mira dan Emir pada majlis ini. Dihoskan oleh Farah Fauzana dan Raden Era, majlis cukup santai dan penuh dengan gelak ketawa. Persembahan daripada artis jemputan juga memeriahkan suasana antaranya Naim Daniel, Aina Abdul dan Ruffedge.
Menerusi akaun Instagram Imani.imtiyaz, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan throwback ketika majlis resepsi Mira kelmarin. Ketika kumpulan Ruffedge membuat persembahan, satu rakaman tanpa sengaja aksi romantis Emir direkodkan. Alahai sampai malu-malu Mira dibuatnya, comel je gelagat pengantin baru ni.
Jom tonton video di bawah :
Aksi Emir ini dirakam tanpa disedari olehnya dan Mira. Ini menarik perhatian peminat dan antara komen-komen peminat :
” Konsep dia adalah ‘when your hands in mine’ gitew.. “
” Romantiknya emir. In love betul Emir tu kat mira.. “
” Alolo sama mcm masa majlis resepsi. mira ada upload tp lps tu dia delete post.. “
” Notty erk Emir. Ni klu duk berdua ni lagi romantisss nih. Aduih suwitttt naw.. “
” Emir amik kesempatan, Mira malu-malu lagi tu, tak biase hehehheh, ini baru betul pengantin baru.. “
” Aisehman.. alaahaiii.. kantoii. Bersemut tak habis-habis ni.. “
” Ged1k tau dia tu. ape pun Tahniah Emir.. Best Man Win.. “
” Wow kemain Emir. So romantik tahap dewa ni.. “
Halah halah Emir bukan main lagi sempat diusik Mira tu. Sayang sungguh Emir pada Mira terang-terangan lagi ditunjukkan. Respon Mira cepat-cepat tar1k tangan tu buat Emir tergelak besar. Apa pun, semoga pasangan ini sentiasa gembira dan bahagia hingga ke akhir hayat. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Imani_imtiyaz, IG Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..