” Eiii ger4m tengok perut tuu. Loving the baby bump.. “

Penampilan Fasha Sandha Di Majlis Resepsi Elly Mazlein Jadi Tumpuan Kerana Perutnya Yang Comel. Namun Ada Yang Cakap Perutnya Buncit. Ayoo.. Kena Tinggal Keretapi Ke Sis !!!!

Kehangatan majlis pernikahan Elly Mazlein masih terasa. Majlis penuh gilang gemilang diserikan dengan kedatangan sanak saudara dan rakan artis membuatkan suasana menjadi meriah. Antara tumpuan peminat adalah bridemaid yang dipilih oleh Elly yang mana merupakan rakan-rakan artis.

Antaranya Faradiya, Azza Elite, Rita Rudaini, Fasha Sandha dan lain-lain lagi. Namun mata-mata tertumpu kepada Fasha yang cantik menawan. Siapa tidak kenal pelakon cantik jelita Fasha Sandha. Lakonannya yang sering meninggalkan kesan di hati peminat membuatkan dirinya disayangi malah ada juga membenc1 dengan watak lakonannya.

Umum mengetahui Fasha sudahpun berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada 28 Mac 2019 yang lalu. Pernah dikhabarkan dengan berita kehamilannya sebelum ini namun rezeki tidak memihak kepada mereka apabila Fasha disahkan kegug0ran di awal kehamilannya itu. Dan kini Fasha membawa kegembiraan apabila hamil sekali lagi.

Menerusi akaun Instagram, Fasha Sandha telah berkongsikan sekeping gambarnya yang anggun bersama suaminya Aidil Aziz ketika menghadiri majlis pernikahan Elly Mazlein. Penampilannya yang cantik mendapat pujian ramai namun ada juga yang mengatakan Fasha buncit. Lucu !!

Jom baca kapsyen di bawah :

View this post on Instagram

💖 . . #nikahazlanellymazlein

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rata-rata netizen gembira melihat penampilan Fasha itu. Antara komen-komen netizen :

” Lawanye.. Berapa bulan dah fasha ni.. “

” Comel baby bump.. “

” Comel la baby bump kak fashaa.. “

” Oh My God soo pwettyyyyyyyy.. Nampak berseri-seri.. “

” Eiii ger4m tengok perut tuu… “

” Loving the babybump!.. “

Namun ada komen yang agak melucukan hati netizen :

Terserlah seri ibu mengandung di wajah cantik Fasha Sandha ini. Sememangnya Fasha tidak pernah tak cantik walaupun wajahnya tidak dicalit make up. Tambah-tambah lagi baby bump yang makin jelas kelihatan itu buatkan Fasha lagi comel.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Fasha dan bayi di dalam kandungannya itu akan sentiasa dilindungi Allah dan semoga segalanya dipermudahkan sehingga baby dilahirkan nanti.. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..