” Ehhhhh alamak, pec4h rahsia. Wedding of the year lah Mira.. ” – Netizen

Bergambar Di Glass House Rumah Teemor, Gambar Mira Filzah Jadi Tumpuan. Wah Bau Nasi Minyak Dah On The Way Sangat Dah Ni. Ye Ke Tu Mira !! 

Kisah percintaan Mira Filzah dengan jejaka yang bukan daripada bidang seni mula kenc4ng diperkatakan hujung tahun lalu. Mira yang pada ketika itu mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang buat ramai peminatnya teruja.

Siapa jejaka yang dimaksudkannya itu akhirnya terb0ngkar apabila mereka dilihat hadir bersama ke majlis resepsi pelakon Farah Nabilah Januari lalu. Wan Emir Astar, seorang arkitek dan anak kepada seorang ahli politik terkenal mula jadi tumpuan peminat.

Baik Mira mahupun Emir dilihat terlalu berahsia tentang hubungan mereka. Mira juga turut memaklumkan dirinya sudah dipinang ketika sesi live bersama seorang ustazah. Satu khabar angin juga tersebar mengatakan mereka bakal menikah pada bulan September nanti.

Meninjau akaun Instagram Rekateemor, telah dikongsikan sekeping gambar Mira Filzah duduk di Glass House Rumah Teemor. Kehadiran Mira di situ memberi gambaran tentang majlis perkahwinannya. Kapsyen daripada admin Reka Teemor juga seperti hint apabila menulis perkataan pelamin dan client.

Jom baca perkongsian di bawah :

Antara gambar lain yang turut dikongsikan di Instagram story milik syarikat terkenal ini yang semakin menguatkan lagi sangkaan peminat. Ibu Mira pun ada bersama dalam perbincangan ini.

 

Perkongsian ini buat peminat teruja dan mula berteka-teki tentang majlis perkahwinan Mira. Antara komen-komen mereka :

” Waahh lepak-lepak bncg idea decorations majlis skli ke tuuu.. “

” Ehhhhh alamak ! Hint hint, pec4h rahsia. Tak sabar.. “

” Eh eh mira tuuuu. Jadi bila la majlisnya ? Eehhhh.. “

” Wow, looking great. Wedding of the year lah mira filzah.. “

” Tgk dari dulu Mira suka sentuhan Temor ni. Konsep apa kali ni suka lah.. “

” Wah.. my fav artist ni dah nak naik pelamin rasanya ni.. post tu gojes sgt.. “

” Dah risik2 mncari yg tercantik sdh psti dr rekateemor.. “

Nampaknya sudah tidak lama majlis bersejarah Mira ni. Mungkinkah September atau Oktober seperti yang tular beberapa bulan lalu bakal jadi kenyataan. Sama-sama kita tunggukan pengumuman daripada Mira sendiri. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar segala urusan dan perancangan Mira dipermudahkan dan berjalan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mira Filzah, IG Wan Emir Astar, IG Rekateemor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..